BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, May 9, 2012

Rindu blog ni!

Gila lama tak post pape kat blog ni. Dapat peluang, ape lagi..tp macam tak berapa ada idea plak nak diceritakan. Anyhow, ni latest pics of me..

okay tipu..tu mase zaman student..hihi. Sok lusa upload yg ter..ter..terbaru k..

Thursday, June 9, 2011

UPDATED ME!!

Last aku berblog adalah masa kat tempat keje lama. Sebab masa tu agak banyak juga la masa terluang, maklum la saat-saat akhir kerja dah fedap nak buat pape. Nak-nak kalau majikan pun dah macam 'ala-ala anti' gitu. Apepun Aiman tak kisah.

Sekarang kat tempat baru. Sekarang ni bulan Jun. Baru la ada perasaan sikit nak conteng-conteng sikit kat blog ni. Maklum la tempat baru, mesti la tunjukkan performance yang baik bagi tahun-tahun awal ini. Walaubagaimanapun aku rasa macam tak berapa nak perform lagi kat sini. Kat sini mutu kerja yang mereka harapkan amat berlainan dari tempat-tempat lama aku dulu. Sangat result oriented dan segala aktiviti perlu dilaporkan beserta pencapaian bagi setiap bulan. Memang aku tabik spring la kat mereka ni tapi aku pulak macam termengah-mengah nak mengejar.

Aku tinggal menyewa dengan budak-budak bujang kat sebuah rumah 2 tingkat kat satu taman kat Senawang ni. Aku yang carikan rumah ni dan iklankan pada sesapa yang nak menyewa sekali. Sekarang ini berempat, sepatutnya lima orang tapi belum dapat pengganti pada yang keluar.

Macam-macam hal jugak duduk menyewa dengan budak-budak yang tak pernah kenal ni. Kami lebih suka buat hal sendiri. Setiap seorang ada bilik masing-masing. Masa mula-mula dulu aku ada suarakan kat mereka ni untuk berkongsi beli barang-barang. Mula-mula mereka cakap ok tapi lepas 1 kejadian yang membarakan hati aku ni, aku buat tak peduli je. Aku biarkan diorang nak buat ape saje. Aku pun malas nak ambil tahu dan bertanya hal mereka kecuali setiap awal bulan aku perlu mengutip duit sewa bulanan dan perlu SMS mereka. Aku pun selesa duduk seorang di bilik dan layan tv sampai tv pulak yang tengok aku.

Tapi yang tak best tu bila tengok perangai masing-masing. Sorang ala-ala poyo. Ingat semua lelaki minat kat dia. Nak tergelak pun ada bila dia cakap taknak ikut seorang lagi housemate (sekarang dah keluar) keluar makan sebab takut kawan lelaki dia minat kat dia pulak. Ya Allah, konfidennye bercakap. Aku rasa muka aku dah bertukar hijau dengar ayat-ayat dia tu. Buat-buat tak dengar je la. Yang seorang lagi pulak berangin je kepala. Muka asyik tarik 14 inci je. Ingat dia sorang je ke yang penat bekerja? Housemate paling latest duk kat bilik bawah, dia pulak agak skema. Macam zaman sekolah dulu, mesti jumpa stok-stok macam ni. Anyway dia tidak menyusahkan kecuali lewat bayar sewa tiap bulan, mungkin gaji daia masuk lambat. Aku tak kisah sangat pun sebab aku akan dahulukan duit aku dulu untuk bayar sewa, lepas tu baru minta kat diorang.

Yang bekas-bekas housemate dulu ada 3 orang. Yang pertama cakap nak sewa 1 bulan je sebab nak masuk rumah lain selepas itu. Aku kesian, aku bagi je la. Tapi yang tak best tu suka keluar malam-malam buta sampai pagi. Bukan ape, dah la rumah bujang, betul-betul tepi surau, jiran pulak rumah keluarga, walaupun India. Ape pulak yang diorang cakap nanti. Selepas dia pun housemate bermasalah. Pun suka keluar malam balik pagi atau tak balik langsung. Bos tempat kerja dia yang bayarkan deposit dan sewa. Aku dengar cerita dia suka ponteng kerja dan bagi alas an mak ayah sakit kat kampong. Lepas tu bos dia buang dia kerja. Dia cari kerja lain dan nak pindah, dia boleh minta duit deposit yang bos dia bayarkan. Aku tak bagi dan cakap kalau dia nak, kena minta sendiri dengan bekas majikan dia bukan dengan aku, yang aku tau duit tu bos dia yang bayar. Puas jugak dia memujuk rayu tapi aku memang tak makan dengan orang macam ni. Kelentong kuat.

Setiap Rabu dan hujung minggu, aku mesti ke Nilai. Buat ape lagi kalau bukan melepak dengan bestfriend aku. Semenjak habis study dulu, lebih-lebih lagi bila dah kerja kat Seremban ni, kawan untuk aku jumpa makin kurang. Kebanyakan kawan-kawan kat area Lembah Kelang, so agak malas la nak ke sana. Lagipun hari minggu adalah hari rehat aku selepas 6 hari kerja keras. Memang tidur macam tak ingat dunia kadang-kadang tu. Bangun bila perut lapar dan nak tengok Melodi.

Training taekwondo pun memang dah berzaman aku tinggalkan. Jauh. Memang la alasan tu macam agak basi kalau nak bagi kan tapi hakikatnya memang itu masalah aku. Tak larat aku nak drive malam-malam lepas kerja ke Shah Alam. Tol lagi. Poket pun sakit. Jadi, sebab itu la badan skang ni cepat naik. Kerja banyak, makan pun banyak tapi exercisenye takde. Sekarang ni cuba pakai krim halia untuk pecahkan lemak-lemak yang terkumpul kat perut dan lain-lain tempat yang dirasakan patut.
Bulan lepas ada announcement daripada MGTF taekwondo mengenai National tournament. Berkobar-kobar rasa nak pergi join tapi bila mengenangkan stamina yang dah lama tak build up, aku rasa macam takde harapan je. Ntah-ntah ref belum suruh start sparr dah rebah..huhu..
Kali terakhir aku balik kampung masa tahun baru ni. Itupun sebab Malaysia menang lawan Indon dalam Piala Suzuki dapat la cuti tambahan berderet 3 hari, kalau tak memang tak dapat la..

Orait sampai kat sini je dulu..

Friday, August 20, 2010

Minggu depan je lagi..

Hari ni 21/8/2010.

Hari last kat sini 27/8/2010 which is minggu depan je. Sangat best bila merasakan yang waktu untuk bertukar tempat kerja makin hampir.

Friday, August 6, 2010

Tak boleh upload gambar

Tak tau la kenapa, memang tak boleh nak upload gambar ke entri2. Kalu tak mesti meriah kan? Yang keluar nanti hanyalah kod-kod panjang lebar yang tidak difahami. Jadi, saya kena pastikan ape sebenarnya punca masalah dan langkah mengatasi. Jikan tidak, entri2 berikut pun bakal hambar

Thursday, August 5, 2010

My Farewell Party

Hari ni my company throw a party for my leaving. Never expect them to think on this. Sebenarnya tarikh akhir di sini akhir bulan ni, tapi buat awal bulan sebab nanti kan puasa, tak sesuai pula jika buat waktu malam masa orang lain nak terawikh. So buat hari ni.

Tuesday, August 3, 2010

Oh...Balik kampung (3x)..hati riang (Part 2)

Sambung ye kawan-kawan. Ada masa sket ni baru leh sambung cerita hari tu.

hari ke-3 adalah hari Sabtu. bangun agak lambat sebab semalam penat sungguh..bangun pagi pegi ngadap rambutan dulu..best. Tengahari pun makan best. Siap pegi kutip ulam raja segenggam bercicahkan dengan cencalok. Budu dah habis..Kenyang. Seperti biasa jumlah nasi adalah 2 pinggan seorang. Buruk lantak.

Tengok tv kejap dah ngantuk. Tido la apelagi..huhu (malu la..banyak perkataan makan dan tido entri kali ni). petang sikit saya pergi ke Eng Hong, bli pape yang patut untuk kegunaan rumah. Hmmm seronok jugak bershopping barangan rumah, pergi dengan Nomi je. Mak tak ikut. Penuh 1 troli saya borong. banyak juga RM melayang. Takpe, balik kan jarang..kena la kuar lebih sikit.

Balik tu lepas letak barang-barang, pergi semula ke pokok duku. panjat lagi. Kali ni lebih hebat. Panjat siap bawa plastik ke atas. Nak borong atas pokok. Kena hati-hati. nanti yang hijau pun gugur..rugi. Sambil kutip sambil makan. Plastik yang dah berat saya hukurkan ke bawah dan gantikan dengan plastik yang lain. mana larat nak pegang berat-berat. Bila ditimbang, saya berjaya kutip 6.5kg duku petang tu..

Malam. Mandi dulu. Berlengas badan. Bakar-bakar daun kering kat bawah pokok rambutan dan duku buat badan pun bau asap.

Turun ke dapur. nak memasak malam ni. Abg n kakak ipar balik kampung baru je petang tadi. Jadi tugasan masak beralih tangan. Alah, masak simple-simple je. Masa pergi Eng Hong tadi sempat bli kerang 3 kg. Saya memang suka kerang. Pe lagi. Tumbuk bawang. Tumbuk lada kecik kata orang kampung. bawang putih mak kata takde. Takpe la. So buat la kerang masak cili padi..best. Sebelum makan nasi balun 1 mangkuk kerang dulu. Pedas jugak. Rasanye macam berapa biji je ada lada kecik tadi.

Makan malam. Nasi putih. Kerang masak cili padi. Gulai telur. Ikan goreng. Ikan masin. Acar timun. Ulam raja dengan cencalok. Hallamak..2 pinggan lagi..(tutup muka)

Tengok tv. Tido.

Esok pagi bangun la awal sikit dari semalam..hehe. Ingat nak awal lagi sebab itu hari nak balik ke kL..lagipun mak nak ikut sekali sebab nak pergi rumah abg kat USJ, pulak tu nak singgah rumah abg sulung kat temerloh yang baru dapat baby. Tapi bangun pun jam 10 macam mana.

Tengok mak rupanya kutip rambutan. Rambutan gading kat hujung pagar. Saya pelak kena panjat pokok duku sekali lagi sebab ayah dah ambil semua buah duku semalam nak jual kat pasar. Ingat nak ambil separuh je. Takpe la. Kali ni panjat dengan baldi terus, sangkut kat celah batang pokok je.

Tengahari jam 12 kami bertolak ke KL..singgah sebentar kat Temerloh makan nasi dan sambung perjalanan. Sampai KL teruskan perjalanan ke USJ, hantar mak dan terus balik..

Sok pagi bawa buah untuk member di office. The End.

Friday, July 30, 2010

Demam

Hari ni nak attend 1 interview lagi..kul 3.00 karang. Tapi risau sebab demam. Bagaimana ini? Ya Allah kau kuatkanlah semangat dan hindarkan aku dari terbatuk-batuk nanti..Amin