BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, March 31, 2010

Tips menyertai perlawanan Taekwondo

Kelmarin setelah lama tak menjejakkan kaki ke UiTM pas keje saya bertolak ke sana. Saya bertolak awal sebab bimbang pula kalo tersangkut dalam jem yang saya takde bawa roti..

Dalam jam 7.00ptg sampai ke tasik Shah Alam, lepak kejap dan bila agak-agak masuk waktu Maghrib saya pun ke surau di Seksyen 2. Sempat berhenti sebentar di kedai beli roti dan 100 Plus untuk alas perut dan hilangkan dahaga.

Jam 8.00 malam saya sampai di Kompleks Sukan. Hujan renyai2 dan gelanggang tenis agak bertakung dengan air. Tunggu bukan main lama lagi. Pergi salin baju dahulu. Tunggu lagi. Tiada pun kelibat budak-budak ni.

8.30malam, nampak sorang. Pusing-pusing. Dia tegur dan pergi ke tempat lain..

Boring. Tunggu lagi..

Baru nampak beberapa yang lain. Budak karate pun ada.

Tunggu. Tak nampak pulak sir.

Makin ramai. Tapi kenapalah macam lambat benar nak mula.

Semua berkumpul.

Senior bagi arahan untuk warming up. Tapi yang kelakar tu dia bukannya buat pun. Alahai, sebal je rasa.Lantak engkau la. Kalo sir Eizam yang conduct takdenye dia nak berlenggang depan blakang suruh orang stretch tapi dia tak buat. At last ada satu time jari kaki dia cramp masa stretching kaki kat dinding..Dah tu, tak warm up tetiba nak stretch..salah sendiri la.

Malas nak tegur.Budak-budak. Tau senior tali pinggang tapi entah la..

Berpindah ke gelanggang tenis bila dah tak huja. Clearkan air yang bertakung. Beberapa budak lelaki tarik air dengan alatan dia..tak tau la pe namanya.

Masa kat situ baru perasan beberapa black belt..datang lambat? jadi amalan kut. Entah la. Ke saya yang tak perasan diorang duk kat belakang. Majoriti yang datang hari tu saya tak kenal. Member-member yang agak senior tak dapat datang.

Kat situ latihan yang mengikut silibus grading, rupanya mereka datang untuk training sebelum upgrading test..keesokan harinya. Saya je datang untuk persediaan tournament akan datang. Tiada yang free untuk diajak berlatih bersama. Semua black belt jaga budak0budak yang nak gading.

Aku lompat-lompat untuk dapatkan stamina untuk perlawanan nanti. Risau termengah-mengah tak cukup nafas je nanti. Lepas 15 minit saya pergi ke tandas dan salin baju. Nak balik jela macam ni. Semasa keluar nampak Nora. Dia ajak training lagi.

Saya pun pergi jela. Berlatih dengan dia. Bergilir-gilir pegang kicking pad untuk sepakan. Nora tanya macam mana nak lawan. Saya pun ajar sikit-sikit macam mana yang patutnya. Dan semua yang saya ajar adalah yang telah diajar oleh sir eizam sendiri. Samada nak ikut atau tidak. Tapi yang kebanyakan yang saya lihat, ramai yang lawan membabi buta..macam bergomol pun boleh kata.

Dan kadang-kadang kebanyakannya amat sukar menaikkan kaki semasa perlawanan.Mungkin cuak dan takut bila dapat lawan yang lebih tinggi, lebih besar dan lack belt berdan-dan. Persepsi macam ni amatlah kesian, belum apa-apa dah takut. Tengok badan besar semacam dah takut. Tengok jumlah jaluran pada black belt dia pun dah takut. Bukan saya cakap tak pernah takut. Saya pun selalu rasa kupu-kupu cantik 2-3 ekor kat dalam perut ni semasa menunggu giliran. Tapi yang penting be positive dan jangan fikirkan yang bukan-bukan.

Dan perlu diingatkan yang dalam sparring, apapun boleh terjadi. Risiko untuk tercedera memang terbuka luas. Samada sengaja ataupun tidak. Jika mendapat kecederaan atau tak sangka yang selama ini tak pernah pun kena penerajang tetapi kena pada satu hari, jangan la menjadikan kejadian itu sebagai dendaman. Kalah menang adat bertanding, cedera itu kemestian bagi sesiapa yang masuk cuma serius atau tidak. Saya sendiri pun banyak lebam apabila selepas 2-3 hari baru bunga-bunga itu muncul kembang mekar dengan beberapa warna asasnya.

Dan pada saat ini, bunga itu berwarna kuning beransur hilang, tetapi bunga lain bakal ditanam apabila saya menyertai Terbuka Poli anjung Malim hujung minggu ini(3&4 April).

p/s: Doakan keselamatan saya. Bunga pun jangan banyak sangat, dan jangan di muka

Thursday, March 25, 2010

23rd TTA Academy Championship 2010

23rd TTA Open Tournament 2010

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, bersama saya lagi pengulas sukan anda dalam berita sukan TV6. Bertempat di Subang Avenue telah diadakan satu Kejohanan Taekwondo GTF yang mendapat penyertaan dari pelbagai negeri dan kelab-kelab (bukan nite club) di seluruh Semenanjung Malaysia


nice view from 2nd floor

Acara yang berlangsung selama 2 hari dimulakan dengan acara bawah 18 tahun (kanak-kanak pon ada) pada 20hb 3 2010 sehingga petang. Pemberita hanya mendengarkan sahaja kerana hanya datang pada keesokan harinya (21hb) kerana acara pada hari tersebut paling gempak..


stretching session

Pihak berita juga berpeluang mewawancara peserta-peserta yang menyertai. Antaranya adalah "Cat The Worriorwoman" dan sidekicknya "Arename" yang memakai key seperti gambar di atas.


Cat The Worriorwoman : Ermm..cik ni kenapa berlegar-legar kat sini, nak menonton kat sana ye (sambil menunjukkan gelanggang yang penuh dengan perlawanan)

Arename: Iye la cik, nanti tersepak susah..

Pemberita : Saya minta mahap ye, saya ni wartawan sukan, nak interview sikit tentang acara hari ni.

Arename : Oh yeke? Boleh3..(sambil membetulkan baju)

Bla..bla..bla...(tak dapat nak siarkan sepenuhnya wawancara, penat menaip..) but just enjoy the pictures..

splitting the legs so that easier to "chop their faces off" (how cruel)


posing session before weight checking session (OMG...my weight..pls dun ask)



team sparring session (bronze), individual pics sadly not captured (but hooray..got gold)


on the stage during the closure ceremony


With some of UiTM's participants



Sekian sahaja berita hari ini. Hingga bertemu lagi dalam pertandingan seterusnya

Poli Tanjung Malim : 3-4hb April 2010 (x tau sape organizer)

POLI Shah Alam : Bulan 6 (National Championship) - Gonna get the gold medal this time

Jeng..jeng..jeng..jeng (lagu pembuka n penutup berita yg biasa tu)


p/s: Seriously gone mad at National TKD Championship 2008, we lost the gold when we're really deserved it.. Damn it!!

Friday, March 19, 2010

Blog best untuk tatapan


Semalam. Just randomly read through beberapa blog. Jumpa 1 blog. Teringin pula membaca. Saya baca tajuknya Twins! The Long Journey to China For Our Babies. Mula-mula ingat blog mengenai membesarkan anak-anak kembar yang biasa (I always interested to read about twins, because I got one..bukan anak ok..not yet, but my little brothers..not little anymore though)..

Baca..baca..dan baca. Touched dan simpati.. Kenapa?

Rupanya mengenai 1 pasangan Americans yang ambil anak angkat daripada China selepas kesemua ketiga-tiga anak mereka sendiri "pergi" dalam satu kemalangan.

And to make it even worst, they died by the hand of drunken driver. Sedih betul, dengan ayat-ayat yang disusun meruntun jiwa, bergenang air mata. Kalau kat rumah, confirm nangis banyak-banyak tapi sebab dalam opis maka ku tahankan jua..Rakan disebelah bertanya-tanya pun kepala memandang komputer je..(nanti dia nampak..malu woo)

Pasangan ni membesarkan mereka dengan baik sekali. Jelas gembira bila tengok gambar-gambar mereka. Hmmm..

Teringat juga..2 tahun lepas, saya juga kehilangan seorang yang tersayang..kerana perbuatan manusia yang tidak bertanggungjawab ni lah (pemabuk gilos!!!) Arrgghh..emo jap..


p/s : mabuk nak dapat baby takpe

Wednesday, March 17, 2010

Zaman nakalku

Teringat pula, dulu masa kecil saya sangat nakal.

Main bola sepak dengan sepupu dan saudara lelaki, panjat pokok rambutan (tak main kait-kait dengan galah ni) , masuk hutan keluar hutan memancing ikan sambil bawa adik-adik kembarku yang berumur 3 tahun ketika tu (kalaulah orang lain yang buat macam tu, gerenti kena tarik telinga dengan saya ni, tapi dulu saya boleh pulak ye..sebab I BELIEVE ON MYSELF..).

Satu hari dulu, masa saya umur 5 tahun agaknya (bukan ingat sangat) saya main lawan-lawan (ala-ala spiderman sambil masing-masing sarungkan anak tudung mak kat kepala macam perompak nak rompak rumah orang) dengan abang saya (7 tahun) , mak saya buat karipap. Mak saya sibuk isikan inti karipap dalam tepung dah leper tu kan, saya dan abang saya sedap-sedap je ambil satu sudu sorang inti karipap dan NGAPP!! Saya tak salah ye. Salahkan cerita POPEYE. Sebab dia yang suruh makan sayur untuk jadi kuat. Jadi masa tu mana ada sayur, inti karipap pun jadi la (ceh..alasan).

Bila mak buat air teh tak pandai nak minum dalam cawan. Kami tuangkan air teh dalam penutup jug tu (ada lekuk untuk pegang kalau nak buka penutup tu), dan kami jilat-jilat macam anak kucing.. ohh so soo cute..

Satu hari, masa tu dah darjah 2 agaknya saya terfikir idea seronok untuk adik saya yang berumur 3 tahun masa tu. Saya dan abang berpakat untuk buatkan air MILO untuknya..diulangi MILO ye. Air panas, susu.....dah siap..

" Adam, nak milo tak? Akak ada buat ni."

Adam datang senyum-senyum dengan gigi rongaknye. Seronok dapat air MILO..

Dia minum seteguk..tiba-tiba dahi berkerut..Muka menahan masam / masin..

Itu bukan MILO tapi...MICAP..heheh..Akak buat air : Air panas + Susu + Kicap cap 3 Ayam..
(tetapi malangnya Adam terkena buat kali kedua esoknya)

.
.
.
.
.
.
.
.
.


Tapi dah besar-besar panjang ni, baik hati..sopan santun pulak tu..cewah
.
.
.
.
.
.
.
.
.

ehh sape pulak ni? Saya membelasah orang :)




p/s : usik-usik sayang..

Sunday, March 14, 2010

Kenangan Terindah

Minggu lepas, disamping kesibukan kerja office (buat-buat sibuk je) saya sempat buat satu blog khas kakpah..

Nak tahu apa? Cuba la tinjau

Harap-harap apa yang saya buat dapat membantu.

Oh ya..hari ini kerja macam biasa tapi saya rasa macam tak berapa ada mood je. Office ni nampak hambar la..macam takde orang je (skang ni memang tiada)..bosan


Tiba-tiba rasa rindu pula nak balik kampung.. Kalau balik mesti ramai-ramai pergi berkelah di Pantai Sepat, makan-makan banyak-banyak, main bola sepak pantai tengah hari buta sampai semua kulit sunburn (saya baru je dapat memutihkan kulit setelah pakai produk tuut..tapi kena mula semula sebab dah gelap kembali)

Hero-hero Kakpah

Baru-baru ni berkelah Kak Yah beli layang-layang besar, kelakar tengok Hasnul tersangkut kat layang-layang, nak ambil masa jatuh (mujur berat, kalau tidak terbang jua..boleh ke)

Btw, gambar -gambar di atas bukan yang recent.

Sentap sket : Kelakar jua tgk Hafiz malu-malu pakai swimming trunk yang sexy

Wednesday, March 10, 2010

Kejutan di Klang..mari kawan-kawan dengar cerita ini

Hari Isnin yang lepas, saya ke Klang bagi mendapatkan beberapa dokumen penting yang diperlukan untuk meeting hari Sabtu ini. Hari kerja, maka jalan agak jem (tak bawa roti, kalo tak boleh makan dalam kereta..hehe) kereta berpusu mungkin nak keluar lunch agaknya.

Kereta dah melewati Standard Chartered bank dan saya berpusing-pusing kepala untuk mendapatkan parking. Penuh. Nampaknya perlu pusing semula ke main road untuk datang kembali dan parking ke parking lot berbayar yang ada di belakang-belakang bangunan. Walaupun agak jauh tapi takpe lah daripada kena saman sebab letak kereta tak tentu pasal nanti.

Sedang beratur untuk ke main road, tiba-tiba saya terpandang...(jantung berdegup kencang, rasanya pucat juga muka ni semasa terpandang)..saya tergamam

Rakanku (Nomi) juga terpandang, terkejut. Saya lihat wanita Cina di tepi jalan sambil pegang beg plastik berisi apa ntah juga tergamam..lelaki India di sebelah kiri pun memandang sahaja..

Saya malu..terus alihkan pandangan. Tetapi objek bernyawa itu ingin melintas jalan dan..argh..menghala ke arah kereta saya.. Saya kunci kereta dan dan..takut tu.. Dan dia melintas di belakang kereta saya dan terus jalan..sudah hilang. Tak tahu ke mana dia pergi..

Apa yang saya nampak?
.
.
.
.
.
.
.
malu pulak nak beritahu
.
.
.
.
.
.
.
.
sebenarnya,
.
.
.
.
.
.
saya nampak orang..
.
.
.
.
.
.
.
mula-mula saya ingat dia orang tak betul (aka gila)
.
.
.
.
.
sebab,
.
.
.
.
.
dia naked (malu nak sebut bahasa melayu macam kasar je bunyi).. iya takda seurat benang pun. Dan paling tak best sebab dia orang perempuan.. yang lebih kurang dalam 30an..muka macam perempuan Indonesia.
.
.
.
.
masa saya pandang tu, dia pun pandang saya. tapi saya lihat dia selamba je, macam tak buat salah apa-apa pun..berjalan berkaki ayam dalam waktu tengahari tu..
.
.
.
.
sampai je di rumah, saya masih memikirkan perempuan tu. dan saya terfikirkan yang wanita tu bukannya gila tetapi sedang dalam pukau, kerana:

a. Badannya bersih, kalau orang gila tentu comot habis kan? Rambut pun masih terurus baik, kalau tidak tentu mengerbang kan?

b. Air muka dia kosong, seolah-olah tiada perasaan langsung..atau dalam kawalan

c. Sihat. Tiada lebam-lebam atau kesan luka sebab tak berbaju dan tidur merata-rata mesti banyak kesan nyamuk atau luka..

d. juga telah diketahui, terdapat ramai orang luar (esp Indonesia) yang diketahui banyak ilmu yang bukan-bukan

Saya rasa tanggapan saya tidak salah..mungkin dia dipukau sebelum dirompak. Saya harap dia dapat dipulihkan. Kawan saya cakap, orang yang dipukau perlu ditegur untuk break the spell.

Dan, bayangkan jika memang ada yang menegurnya, barangkali mengenali atau tahu dia dipukau..apa perasaan dia jika tahu keadaan yang sebenarnya?..SIMPATI
.
.
.
TAKUT & RISAU
.
.
.

ada sesiapa yang tahu cara-cara mengelakkan daripada dipukau? tulun..

p/s: dulu masa di asrama, senior cakap kena pakai underwear terbalik kalau tak nak kena pukau. Betul ke? Buat je masa tu.

Tuesday, March 9, 2010

Cikgu terbaik

Minggu yang lepas, saya menjadi peminat kepada seorang blogger yang saya kira berpengalaman dan menarik untuk dicontohi jika ingin menjadi seorang blogger yang berjaya. sila rujuk ke blog sini untuk panduan, klik sini

Menarik, penerangan yang diberikan sangat memahamkan pemikiranku ini..thanks to her.. oleh itu saya akan memantapkan lagi gaya memblog mengikut tips-tips yang telah diberikan.. Mungkin semua akan perasan beberapa perubahan yang akan berlaku dalam blog saya ini.. (obvious sekali ayat-ayat yang saya guna ni..)

ok chow..nak pergi mamam sekejap lagi..

Friday, March 5, 2010

Bermusim ke benda ni?


sedap kan..yang kuning tu siap terkupas kulit nampakkan isinya..musim buah memg kita selalu nantikan..kalo kat kg aku memang meriah la..sebab ada banyak jenis pokok rambutan yang ada.. buah bergayutan je tunggu untuk dikait. tapi bagi kami, paling senang adalah dengan "tutuh" atau potong dahan yang lebat dengan buah..lagi cepat..dan senang. mak n ayah pon leh jual kat pasar atau tepi2 jalan..hmmm..best3..

sebenarnya aku bukan nak citer pasal musim buah rambutan atau musim buah yang lain..tapi pasal kes baru2 ni..

yang pertama adik Syafia Humairah yang baru berumur 3 atau 4 tahun yang kena dera sampai meninggal..tak sampai seminggu lak, sorang lagi baby baru umur 18 bulan K. Haresvarren pulak jadi mangsa ke 2..
Syafia Humaira

persoalannya..bermusim ke benda ni?

Alangkah bestnye kalau...




tak dapat plak aku nak download yang kat youtube..jadi lain plak..nway berbalik dengan tajuk aku yang kat atas ni, agak2 ape yang bermain kat fikiran aku?

kalo korang kawan-kawan kampong aku mesti pikir aku ni tak penah2 nak berubah dari kecik pon kan? kalo korang ni geng2 taekwondo aku tak kira korang kat mana dah mesti korang ingat aku dah gian nak sparr semula kan?

tapi yang pastinye kalo korang ni antara yang keje satu tempat dengan aku pasti mempunyai jawapan yang paling tepat....


IAITU: alangkah bestnye kalo aku dapat belasah makhluk2 Allah yang ada kat kilang aku ni yang tak penah2 nak berubah dari menyusahkan orang lain, tanpa dikenakan tindakan disiplin ataupun paling teruk kena buang keje..


bukannya aku tak tau yang diorang ni (beberapa orang je but from same dept) selalu cari masalah ngan orang lain. ngan aku pon penah, sampaikan pernah sekali aku sound pasal dia hambik harta benda dept yang aku pegang sewenang-wenangnya dengan alasan itu adalah arahan daripada boss,,boss ok..bukan main sedap je dia tu..

aku yang dah geram sound la kaw2, sampai la ke tarikh aku catatkan kat sini lebih jugak daripada 2 tahun aku tidak berkomunikasi dengannya unless urgent matter, yang lain jangan harap..eventhough dia kat seblah aku je..huh..

jamuan raya 2008 (sekadar hiasan)

tapi skang ni makin hebat lagi..bukan aje kat staff level rendah (satu tangga je) macam aku tapi dengan orang atasannya sendiri, orang yang dia kena report setiap hari..tapi dia tetap sombong dengan berbekalkan keyakinan yang kipas atau aircond
bukan sekadar hiasan

yang digunakan untuk mengampu owner akan sentiasa menyelamatkannya..dan yang paling tak tahan tu, dia punye exec pon dah berperangai sejibik macam dia (bukan langgar arahan dia, but atasan yang ketua dia ingkar tu)..huiihhh geramnye aku rasa..
sebab tu la aku rasa alangkah bestnye kalau...(tgk je la gambo tu dah tau)..

Thursday, March 4, 2010

Cuba-cuba fikirkan..

soalan ni aku dapat daripada email kawan aku..macam menarik dan aku nak share ngan korang semua.. fikirkan jawapan yang sesuai dan bandingkan dengan jawapan yang sebenarnya kat bawah skali aku taruk..(jgn tgk dulu tau) :

Read this question, come up with an answer and then scroll down to the bottom for the result. This is not a trick question. It is as it reads. No one I know has gotten it right, including me .

A woman, while at the funeral of her own mother, meets a guy whom she did not know. She thought this guy was simply 'amazing', very much of her dream guy, she believed him to be just that! She fell in love with him right there, but never asked for his number and could not find him.

.......A few days later she killed her FIRST sister.

Question: What is her motive in killing her sister?


(Give this some thought before you answer). SCROLL DOWN

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

.
.

.
.
Answer: She was hoping that the guy would appear at the funeral again.


If you answered this correctly, you think like a psychopath. This was a test by a famous American Psychologist used to test if one has the same mentality as a killer. Many arrested serial killers took part in the test and answered the question correctly. If you didn't answer the question correctly, good for you.


Be sure to share the test!
Also, if you answered correctly, please let me know so I can take you off of my email list.

Amacam? Ape jawapan anda?

Terkenang Plak..

dulu2, masa zaman belajar kat uitm (dihatiku), aku boleh dikatakan aktif gak la.. sukan kolej aku main, sukan fakulti pon aku main. at one time tu aku join fakulti orang lain main hoki sebab fakulti aku takde pasukan nak hantar. maklum la aku kan kat fakulti sains gunaan..aku agak la kebanyakan student fakulti ni tak berapa minat nak bersukan kot..yang adanya ping pong yang boring (tapi aku join gak hehe)..

sebab utama aku join adalah nak duk kat asrama semaksimum yang boleh. aku mana la ada duit nak duk nyewa kat luar..jadi kena la at least ada sesuatu aktiviti yangg boleh tunjukkan aku ni aktif kat kolej. ada satu sem tu aku tak dapat penempatan kat kolej, aku nekad tepon pengurus kolej lama aku n minta nak duk kolej..aku juma dia n cakap aku aktif kat kolej sepanjang sem..siap tunjukkan cert2 yang aku dapat lagi..n Alhamdulillah aku pon dapat..so dapat la safe duit PTPTN..

tapi yang tak bestnye, sukol dan saf ni ada masa yang tertentu je..pas habis takde la yang nak dibuat..

jadi untuk mengisi masa lapang aku..(yela mas tu pon takde pakwe lagi kan..) aku join takewondo..masa tu aku sem 2 diploma lagi..seronok gak la masa memula..sok pagi badan sakit2 n nak naik turun tangga pon punye la seksa..


ni gambar lama, masa ni kurus lagi (baju merah) bersama geng2 dan Instructor (Sir Eizam)


masa ni national tournament kat Kulim 2006 (kalo tak silap)..dapat gak la gold for individual sparring..masa ni beberapa orang sakit perut, agaknye sebab dinner malam tu..

banyak kenangan pahit manis yang berlaku selama pembabitan aku dalam taekwondo Uitm, kena sepak, sepak orang, suka orang, orang suke..hihi..macam2 la..

ingat lagi kes aku minat sorang senior ni sebab dia yang ajar aku asas2 (kira cam mentor n protege la) dengan baik..ehehe..biasa la zaman budak2 cepat benor jatuh cinta..heheh masa tu gak la abang shidi kunun nak tolg ak..hihi..tapi tak kesampaian nway takpe..

ingat gak masa 1 tournament kat poli shah alam aku join individu pattern, aku ter"blur" hahah lawak giler..ni sumer gara2 pakwe aku (was to be, skang dah takde) datang n nak tgk performance aku..hihi malu gile..dapat 2nd chance pon masih "blur"..tak hingat langsung nak start ngan langkah hape..nway aku dapat tebus "kemaluan" tu dengan menang emas for individu sparring..

papepun, skang dah 5 tahun keje aku masih rindukan taekwondo..last event aku join was the national tournament kat stadium malawati shah alam..supposed to win the team sparring but because of PHD yang amat by the judges of the 4 corners towards our instructor we lost..takpe la..at least we fought till the last sweat (not blood)..




rindu kat korang2 sume..(ahli TKD MGTF UiTM Shah Alam)..go go kepak2..

Facebook Oh Facebook..

memula aku join FB ni bila aku tengok jiran opis aku asyik bukak je...dia gelak sorang2..macam best je..masa tu pon aku asyik ngan friendster je..aku pon mula la daftar FB n start add kwn2 lama dan baru, tengok serba sedikit la pe yang ada..aku stuck..aku tanya kawan aku Fb ni mcm mana..dia pun btau la serba sedikit..mula2 memang rasa cam tak best dan cam ntah hape2..tapi lame2 berkat kesabaran menelek FB (masa opis) aku pon boleh la layanzz..

n skang ni boleh dikatakan aku dah tinggalkan akaun friendster aku tu lame gak la.. ada dalam bulan 11 tahun pas..shian dia..

korang pon tau la kan kat FB ni ada banyak la sesangat akaun Fb yang untuk suka sana, suka sini, benci sana, benci sini.. aku pon tak terkecuali join satu Fb ni tentang tak suka sorang pelakon pompuan..maklum la gedik ngalahkan ulat beluncas..tak yah la aku btau sape tapi korang kompom tau punye..aku pon ada la komen sket sebab aku pon tau la sket2 pasal dia ni..(memg jahat pon)..ehh takleh cakap lebih2..tapi akunye ayat kira baik la dari yang lain2 yg kira hardcore membenci..

dalam pada tu plak..kalo ada membenci mesti ada yang menyokong kan.. jadi banyak la peperangan mulut yang berlaku dalam tu..orang tu cakap ni, orang tu cakap tu..tak kurang jugak la yang cakap yang bukan2 sampai sebut mak bapak..ni dah kira lebih la kalo dah sebut mak bapak kan..aku join dalam 4 hari je pastu chau..maleh lame2 kang tak buat keje lak nengok orang bergaduh..

tadi aku ada browse blog lain..blogger tu kira orang yang cerdik pandai gak la..cakap pasal PHD..pe dia cakap tu macam pe yang banyak berlaku dalam FB skang ni..gaduh2..dengki2..semua takde kebaikan kat diri sendiri..aku pon terinsaf sket la sebab aku pon ada contribution kat FB yang aku cetekan tu.. Nway aku pon dah removekan diri dari jadi fan kat site tu..maleh la nak join2..baik aku tgk FB yang lebih kepada biz..duit..hmmm..ada gak pekdahnye.. tapi kalo boring2 tu jenguk jela kat site tadi tu..nak tgk kesinambungan peperangan mempertahankan pelakon tuuut...