Kelmarin setelah lama tak menjejakkan kaki ke UiTM pas keje saya bertolak ke sana. Saya bertolak awal sebab bimbang pula kalo tersangkut dalam jem yang saya takde bawa roti..
Dalam jam 7.00ptg sampai ke tasik Shah Alam, lepak kejap dan bila agak-agak masuk waktu Maghrib saya pun ke surau di Seksyen 2. Sempat berhenti sebentar di kedai beli roti dan 100 Plus untuk alas perut dan hilangkan dahaga.
Jam 8.00 malam saya sampai di Kompleks Sukan. Hujan renyai2 dan gelanggang tenis agak bertakung dengan air. Tunggu bukan main lama lagi. Pergi salin baju dahulu. Tunggu lagi. Tiada pun kelibat budak-budak ni.
8.30malam, nampak sorang. Pusing-pusing. Dia tegur dan pergi ke tempat lain..
Boring. Tunggu lagi..
Baru nampak beberapa yang lain. Budak karate pun ada.
Tunggu. Tak nampak pulak sir.
Makin ramai. Tapi kenapalah macam lambat benar nak mula.
Semua berkumpul.
Senior bagi arahan untuk warming up. Tapi yang kelakar tu dia bukannya buat pun. Alahai, sebal je rasa.Lantak engkau la. Kalo sir Eizam yang conduct takdenye dia nak berlenggang depan blakang suruh orang stretch tapi dia tak buat. At last ada satu time jari kaki dia cramp masa stretching kaki kat dinding..Dah tu, tak warm up tetiba nak stretch..salah sendiri la.
Malas nak tegur.Budak-budak. Tau senior tali pinggang tapi entah la..
Berpindah ke gelanggang tenis bila dah tak huja. Clearkan air yang bertakung. Beberapa budak lelaki tarik air dengan alatan dia..tak tau la pe namanya.
Masa kat situ baru perasan beberapa black belt..datang lambat? jadi amalan kut. Entah la. Ke saya yang tak perasan diorang duk kat belakang. Majoriti yang datang hari tu saya tak kenal. Member-member yang agak senior tak dapat datang.
Kat situ latihan yang mengikut silibus grading, rupanya mereka datang untuk training sebelum upgrading test..keesokan harinya. Saya je datang untuk persediaan tournament akan datang. Tiada yang free untuk diajak berlatih bersama. Semua black belt jaga budak0budak yang nak gading.
Aku lompat-lompat untuk dapatkan stamina untuk perlawanan nanti. Risau termengah-mengah tak cukup nafas je nanti. Lepas 15 minit saya pergi ke tandas dan salin baju. Nak balik jela macam ni. Semasa keluar nampak Nora. Dia ajak training lagi.
Saya pun pergi jela. Berlatih dengan dia. Bergilir-gilir pegang kicking pad untuk sepakan. Nora tanya macam mana nak lawan. Saya pun ajar sikit-sikit macam mana yang patutnya. Dan semua yang saya ajar adalah yang telah diajar oleh sir eizam sendiri. Samada nak ikut atau tidak. Tapi yang kebanyakan yang saya lihat, ramai yang lawan membabi buta..macam bergomol pun boleh kata.
Dan kadang-kadang kebanyakannya amat sukar menaikkan kaki semasa perlawanan.Mungkin cuak dan takut bila dapat lawan yang lebih tinggi, lebih besar dan lack belt berdan-dan. Persepsi macam ni amatlah kesian, belum apa-apa dah takut. Tengok badan besar semacam dah takut. Tengok jumlah jaluran pada black belt dia pun dah takut. Bukan saya cakap tak pernah takut. Saya pun selalu rasa kupu-kupu cantik 2-3 ekor kat dalam perut ni semasa menunggu giliran. Tapi yang penting be positive dan jangan fikirkan yang bukan-bukan.
Dan perlu diingatkan yang dalam sparring, apapun boleh terjadi. Risiko untuk tercedera memang terbuka luas. Samada sengaja ataupun tidak. Jika mendapat kecederaan atau tak sangka yang selama ini tak pernah pun kena penerajang tetapi kena pada satu hari, jangan la menjadikan kejadian itu sebagai dendaman. Kalah menang adat bertanding, cedera itu kemestian bagi sesiapa yang masuk cuma serius atau tidak. Saya sendiri pun banyak lebam apabila selepas 2-3 hari baru bunga-bunga itu muncul kembang mekar dengan beberapa warna asasnya.
Dan pada saat ini, bunga itu berwarna kuning beransur hilang, tetapi bunga lain bakal ditanam apabila saya menyertai Terbuka Poli anjung Malim hujung minggu ini(3&4 April).
p/s: Doakan keselamatan saya. Bunga pun jangan banyak sangat, dan jangan di muka
Wednesday, March 31, 2010
Tips menyertai perlawanan Taekwondo
Posted by katy at 9:25 PM 0 comments
Labels: Jalan-jalan cari pasal
Thursday, March 25, 2010
23rd TTA Academy Championship 2010

Acara yang berlangsung selama 2 hari dimulakan dengan acara bawah 18 tahun (kanak-kanak pon ada) pada 20hb 3 2010 sehingga petang. Pemberita hanya mendengarkan sahaja kerana hanya datang pada keesokan harinya (21hb) kerana acara pada hari tersebut paling gempak..

Pihak berita juga berpeluang mewawancara peserta-peserta yang menyertai. Antaranya adalah "Cat The Worriorwoman" dan sidekicknya "Arename" yang memakai key seperti gambar di atas.
Arename: Iye la cik, nanti tersepak susah..
Pemberita : Saya minta mahap ye, saya ni wartawan sukan, nak interview sikit tentang acara hari ni.
Arename : Oh yeke? Boleh3..(sambil membetulkan baju)
Bla..bla..bla...(tak dapat nak siarkan sepenuhnya wawancara, penat menaip..) but just enjoy the pictures..

Sekian sahaja berita hari ini. Hingga bertemu lagi dalam pertandingan seterusnya
Poli Tanjung Malim : 3-4hb April 2010 (x tau sape organizer)
POLI Shah Alam : Bulan 6 (National Championship) - Gonna get the gold medal this time
Jeng..jeng..jeng..jeng (lagu pembuka n penutup berita yg biasa tu)
p/s: Seriously gone mad at National TKD Championship 2008, we lost the gold when we're really deserved it.. Damn it!!
Posted by katy at 11:01 PM 0 comments
Labels: Jalan-jalan cari pasal
Friday, March 19, 2010
Blog best untuk tatapan
Semalam. Just randomly read through beberapa blog. Jumpa 1 blog. Teringin pula membaca. Saya baca tajuknya Twins! The Long Journey to China For Our Babies. Mula-mula ingat blog mengenai membesarkan anak-anak kembar yang biasa (I always interested to read about twins, because I got one..bukan anak ok..not yet, but my little brothers..not little anymore though)..
Baca..baca..dan baca. Touched dan simpati.. Kenapa?
Rupanya mengenai 1 pasangan Americans yang ambil anak angkat daripada China selepas kesemua ketiga-tiga anak mereka sendiri "pergi" dalam satu kemalangan.
And to make it even worst, they died by the hand of drunken driver. Sedih betul, dengan ayat-ayat yang disusun meruntun jiwa, bergenang air mata. Kalau kat rumah, confirm nangis banyak-banyak tapi sebab dalam opis maka ku tahankan jua..Rakan disebelah bertanya-tanya pun kepala memandang komputer je..(nanti dia nampak..malu woo)
Pasangan ni membesarkan mereka dengan baik sekali. Jelas gembira bila tengok gambar-gambar mereka. Hmmm..
Teringat juga..2 tahun lepas, saya juga kehilangan seorang yang tersayang..kerana perbuatan manusia yang tidak bertanggungjawab ni lah (pemabuk gilos!!!) Arrgghh..emo jap..
Posted by katy at 1:16 AM 0 comments
Labels: Jalan-jalan cari pasal
Wednesday, March 10, 2010
Kejutan di Klang..mari kawan-kawan dengar cerita ini
Hari Isnin yang lepas, saya ke Klang bagi mendapatkan beberapa dokumen penting yang diperlukan untuk meeting hari Sabtu ini. Hari kerja, maka jalan agak jem (tak bawa roti, kalo tak boleh makan dalam kereta..hehe) kereta berpusu mungkin nak keluar lunch agaknya.
Kereta dah melewati Standard Chartered bank dan saya berpusing-pusing kepala untuk mendapatkan parking. Penuh. Nampaknya perlu pusing semula ke main road untuk datang kembali dan parking ke parking lot berbayar yang ada di belakang-belakang bangunan. Walaupun agak jauh tapi takpe lah daripada kena saman sebab letak kereta tak tentu pasal nanti.
Sedang beratur untuk ke main road, tiba-tiba saya terpandang...(jantung berdegup kencang, rasanya pucat juga muka ni semasa terpandang)..saya tergamam
Rakanku (Nomi) juga terpandang, terkejut. Saya lihat wanita Cina di tepi jalan sambil pegang beg plastik berisi apa ntah juga tergamam..lelaki India di sebelah kiri pun memandang sahaja..
Saya malu..terus alihkan pandangan. Tetapi objek bernyawa itu ingin melintas jalan dan..argh..menghala ke arah kereta saya.. Saya kunci kereta dan dan..takut tu.. Dan dia melintas di belakang kereta saya dan terus jalan..sudah hilang. Tak tahu ke mana dia pergi..
Apa yang saya nampak?
.
.
.
.
.
.
.
malu pulak nak beritahu
.
.
.
.
.
.
.
.
sebenarnya,
.
.
.
.
.
.
saya nampak orang..
.
.
.
.
.
.
.
mula-mula saya ingat dia orang tak betul (aka gila)
.
.
.
.
.
sebab,
.
.
.
.
.
dia naked (malu nak sebut bahasa melayu macam kasar je bunyi).. iya takda seurat benang pun. Dan paling tak best sebab dia orang perempuan.. yang lebih kurang dalam 30an..muka macam perempuan Indonesia.
.
.
.
.
masa saya pandang tu, dia pun pandang saya. tapi saya lihat dia selamba je, macam tak buat salah apa-apa pun..berjalan berkaki ayam dalam waktu tengahari tu..
.
.
.
.
sampai je di rumah, saya masih memikirkan perempuan tu. dan saya terfikirkan yang wanita tu bukannya gila tetapi sedang dalam pukau, kerana:
b. Air muka dia kosong, seolah-olah tiada perasaan langsung..atau dalam kawalan
c. Sihat. Tiada lebam-lebam atau kesan luka sebab tak berbaju dan tidur merata-rata mesti banyak kesan nyamuk atau luka..
d. juga telah diketahui, terdapat ramai orang luar (esp Indonesia) yang diketahui banyak ilmu yang bukan-bukan
Dan, bayangkan jika memang ada yang menegurnya, barangkali mengenali atau tahu dia dipukau..apa perasaan dia jika tahu keadaan yang sebenarnya?..SIMPATI
.
.
.
TAKUT & RISAU
.
.
.
ada sesiapa yang tahu cara-cara mengelakkan daripada dipukau? tulun..
p/s: dulu masa di asrama, senior cakap kena pakai underwear terbalik kalau tak nak kena pukau. Betul ke? Buat je masa tu.
Posted by katy at 10:35 PM 0 comments
Labels: Jalan-jalan cari pasal