BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, July 30, 2010

Demam

Hari ni nak attend 1 interview lagi..kul 3.00 karang. Tapi risau sebab demam. Bagaimana ini? Ya Allah kau kuatkanlah semangat dan hindarkan aku dari terbatuk-batuk nanti..Amin

Thursday, July 29, 2010

Oh...Balik kampung (3x)..hati riang (Part 1)

Baru-baru ni (22-25 Julai) saya balik kampung. Dengan Nomi. Dah lama tak balik. Last Raya Cina tahun ni. Lama kan?

Bertolak daripada Nilai. Kami ambil lebuhraya LEKAS sampai ke Seremban, Kuala Pilah, Bahau, Felda Paloh, Muadzam Shah dan sampai la ke Kuantan. Jalan dalam, boleh tahan la. Yang bestnya dah tak perlu melalui bukit putus yang menyeramkan tu sebab LEKAS lagi baik dan jalan cantik..jalan baru la katakan.

Sampai kat rumah dalam jam 1.30 ptg. Terus makan nasi sebab kelaparan. Tak sempat sendawa, mak dah keluarkan durian. Baik punye. mak cakap durian ni dia sorokkan. Kenapa sorok? Dia cakap nanti Adam habiskan. Heheheh..ada-ada je.

Memang syok. Dah la nasi 2 pinggan, durian plak. Tak cukup lagi. rambutan yang memang dah ada dalam bakul kat depan rumah pula kami baham. Nomi dah semput. Perut penuh. Rehat dalam 1 jam, kami ke pokok duku. Mak cakap dah ada yang kuning-kuning, masak. tapi kena hati-hati nanti gugur plak yang putik tu. Panjat dan makan. First time nak tarik badan ke atas..Masyaallah, berat gile badan..huhu..kalo dulu cam selamber je bergayutan kalah monyet. Nilah 1st time semput panjat pokok. tapi pas beberapa hari kira dah adapt..ok la..tapi tak setangkas dulu

Malam tu makan lagi nasi. Bertambah lagi. Memang dasat la nafsu makan kat rumah. Tido dengan perut kekenyangan, sangat huduh perangai.

Pagi besoknye hari Jumaat, cuci gigi dengan rambutan dan durian dulu..huhu..sangat la tidak bagus dibuat contoh. Semalam ada bercakap dengan mak nak buat jem rambutan. So hari ni bercadang nak ambil rambutan. Kena ambil banyak sebab nanti buat jem memang sikit je dapat. Mula-mula kait yang kat depan rumah, mak ajak ambil yang kat belakang rumah, yang situ lagi lebat dan rendah boleh capai ngan tangan je. ambil..ambil..petik..petik..tak cukup la yang ada kat bawah ni. So ape lagi, saya pun mengoffer diri untuk panjat pokok tu dan potong batang yang buahnya lebat. cari gergaji. Panjat pokok.Upps licin juga..pagi la katakan. Pokok rambutan biasanya banyak lumut. Mujur skill panjat pokok tak ditelan usia..

Panjat sampai atas. Gergaji. Jatuh la beberapa dahan yang lebat dengan buah..Mak tolong petik-petikkan buah dan masukkan dalam baldi dan bakul..Penat gile.. berceceran peluh menitik.

Dengan mak, saya buang kulit rambutan dan slice isi sikit-sikit. Penat gile. Rasanye 10 kali bangun duduk hilangkan lenguh. Macam nak patah pinggang. Mak pun same. 3 jam kemudian baru setel. Setengah periuk je isi sapat daripada buah yang berbakul-bakul tadi.

Lepas tu, satu hal pulak nak memasak. Taknak guna dapur gas sebab proses memasak lama jadi nanti kering pulak tong gas mak. Buat cara orang lama-lama. nak menghidupkan api pun satu hal, malam tadi hujan sket jadi banyak la jugak kayu yang basah. However berjaya. Orang kampung la katakan. Bagi saya kalau orang kampung tak pandai hidupkan api secara tradisional or tak pandai panjat kampung lebih-lebih lagi orang lelaki memang layak kena boo sampai tua la..hehe. Nway back to rambutan tadi.

Ops lupa plak sebelum tu kena kisar halus isi rambutan dulu.

Masak la sampai kering. Saya tak sempat nak masak habis, mak ganti..

Sebab kena bawa ayah pergi buat surat beranak yang baru, surat beranak yang lama dah tak tau hilang ke mana (skang ni sy punya surat beranak pun hilang tau) kat JPN Kuantan. Tempat dah pindah dari bandar Kuantan ke Indera Mahkota. tak pernah sampai. Ayah pun tak berapa ingat. Dia asyik cakap kalau dari Bukit Ubi dia tau lah.. Hehe..saya pun macam bengang juga sebab ayah macam nak menyalahkan saya bila saya masuk ke jalan yang salah walhal dia pun tak pasti nak masuk jalan mana sebenarnya. sabar je la. Itukan ayah saya. At last sampai juga dan prosedur mudah cuma kena tunggu seminggu.

Petang tu makan tengahari sebab tak sempat makan sebelumnya rushing bawa ayah tadi. Makan banyak lagi. Makan durian lagi. Makan rambutan lagi. Makan duku lagi..

Malam tu tidur agak awal sebab letih. Pinggang pun masih lenguh..

Tetiba dikejutkan oleh Nomi yang kelaparan lagi.. jam 1.00 pagi selongkar periuk bersama dan makan malam. Makan lagi. Dan tidur lagi dengan perut yang "sihat".

Thursday, July 15, 2010

Cerita lama masa kat tempat lama..

Pekerjaan pertama saya adalah di BOH Plantations Sdn Bhd, mainly kat BCPF (Bukit Cheeding Packing Factory) yang terletak di Banting, Selangor.

Sebelum kerja, saya sebenarnya tak pernah pun menjejakkan kaki ke daerah itu jugak tidak tahu kat mana sebenarnya ia terletak. Pertama kali ke sana adalah sehari sebelum interview untuk survey kat mana kilang itu sebenarnya.

Setelah 2 kali interview dan menunggu selama 3 minggu lagi keputusan dapat ke tak kerja tu (hoho dia cakap kalau berjaya akan panggil dalam masa 2 minggu, aku dah cuak dia tak panggil-panggil) akhirnya saya berjaya dapat kerja. Seronok amat..wuhu..takde la saya menjadi penganggur terhormat seperti orang lain yang tak bernasib baik masa tu.

15 August 2005 saya mula bekerja. Sewa seorang diri di satu taman (dah tak berapa ingat namanye)..anyway move along..tinggal seorang diri di rumah itu yang dicari on the spot dengan Abg Man, mujur la dapat contact owner yang tinggal di pekan Banting, terpaksa la tunggu 1/2 jam untuk dia sampai. Setelah nego sewa kasi turun sket almaklumla duduk sorang dan rumah pulak takde la lawo mane dan tiada papepun perkakasan di dalam tu, kami (saya la) setuju dengan kadar sewa. Malam itu terasa janggal tidur seorang diri tanpa sesiapa di tempat yang amat baru..

Esoknya saya ke tempat kerja. Naik motor ok. Follow seorang budak stor kilang yang kebetulan berjiran..huhu mujur..Masa kat kampung ambil L semata-mata nak keje kat BOH sebab HR cakap van pekerja hanyalah untuk pekerja. So ok la..

Hari pertama je naik motor, lepas tu orang ofiice cakap suruh naik van pekerja je. Selamat sikit. Alhamdulillah. Jauh tu naik motor. Dah la pagi-pagi sejuk, kebas muka.

Di sana saya bekerja sebagai Food Technician / Asst Food Technologist. Ada sorang bos perempuan di atas. Ada seorang Sri Lankan sebagai Tea Taster dan 2 pembantu lab, Ewin dan Kak Nina. Dengan pembantu lab ini la saya berkawan. Kami makin rapat sehingga la ada seorang kerani di bahagian office jeles kat saya. Tapi kak Nina dapat kerja kerajaan selepas saya setahun kat situ. jadi tinggal la kami berdua. tapi lepas tu masuk pula adik ipar Ewin iaitu Baki. aki suka bergaduh dengan Tea Taster..hehe

Selepas raya saya berpindah ke rumah nenek Ewin. Kesian tengok saya duduk seorang kat rumah tu. So, duduk la kat rumah nenek. Atuk pun ada. Seronok. Nenek dan atuk layan saya macam cucu sendiri. Pergi ke mana-mana pun mesti saya diajaknya. bila oorang tanya saya ni siapa, nenek cakap cucu yang duduk kat Pahang..hehe.Tapi tahun lepas atuk meninggal sebab semput. Atuk memang selalu sakit-sakit dulu.

Selama 2 tahun kerja di sana. Seronok ada. Sedih ada. Sakit Hati ada. Lucu pun ada. Yang pasti kat sana memang ramai kawan. Semua department kamceng. Ingat lagi kalau nak melarikan diri daripada ladyboss yang macam tak betul tu, saya mesti pergi ke Bulkstore, iaitu tempat simpan teh berguni-guni besar punya. Lepak-lepak dengan Pak Din borak-baorak dengan dia. Siap pesan lagi kalau ternampak boss saya cepat-cepat beritahu..Pak Din ni ada 3 orang isteri. Terer tak? rasanya dia dah pencen sekarang.

Kalau tidak mesti ke store loaging and unloading lepak dengan Mala dan Ramu..mengadu nasib dan mengumpat orang..hahah..Kat situ aircond. Kira dapat la menyejukkan hati yang panas ketika itu. Radio pasang lagu tamil..hentam jela..sedap pe

Bahagian production diketuai oleh 2 orang supervisor iaitu En Aidil dan Nathan. Kedua-duanya ok tetapi saya lebih rapat dengan En Aidil. Memang ngam la dengan mereka. Apa yang saya nak buat atau nakkan pertolongan atau bahan, diorang mesti tolong punya. Takda langsung nak dengki-dengki dan busuk hati. Dengan operator-operator dan general worker yang rata-rata kakak-kakak dan makcik-makcik pun sangat baik. Terkenang pula kat mereka. Teringat juga satu kali tu En Aidil back up saya dari kena maki dengan boss saya. Terharu saya.Memang la dah kena kaw-kaw sebelum tu, tapi at least ada yang nak mempertahankan saya. Terima kasih En Aidil.

Sepanjang bekerja di sana, kerja memang tak pernah habis. Dengan implement ISO9001:2000 dan ISO22000:2005, jadual kerja memang sibuk,mesyuarat dan internal audit dijalankan setiap bulan. Tapi ok je, sebab kami semua sentiasa bersedia.. alah kelentong sana sini bukannya mereka faham pun..hehe jangan marah ye bagi siapa yang terkena. Lagipun bukan selalu buat, cuma masa terdesak je.

Walaupun banyak masa dihabiskan dengan kerja lab dan membantu boss, kami tidak dibiarkan bosan juga. BOH buat family day setiap tahun. Hooray. Tahun 2006 kami ke taman Tema Genting..Best sangat. Enjoy giler. Walaupun tiada acara spesifik (acara bebas ikut suka) kami memang have fun. Orang yang lain-lain pun sama. Makan pula di Hotel 1st World..lepas tu pergi main semula. Tahun 2007 pula kami ke Sunway Lagoon Water and Theme park..huhu..sangat seronok..Ada acara yang disusun oleh event management..sangat best.selepas puas mandi, acara bebas kami ke theme park main segala outdoor game yang ada..sampai nak muntah naik kapal lanun..melambung-lambung..

Selain itu, BOH juga menyertai annually challenge. Organized by WWF. Tahun 2006 join Canoe Eco-Challenge di Taman Tasik Perdana berlansung dari pagi ke petang dan kami dapat tempat kedua. Memang seronok. Habis hitam lengan ni. Pakai short sleeve. Training sebelum itu pula dari pagi ke tengahari. Tahun 2007 pula kami join Treasure Hunt pula. Juga organized oleh WWF. yang ini kami tak menang apa-apa. Tak tahu mana silapnya. Apepun kami tetap enjoy.

Walaupun begitu, saya tetap juga mencari tempat lain (tempat kerja) untuk mengembangkan lagi pengalaman yang ada disamping mendapatkan tempat yang boleh memberi pendapatan yang lebih baik. Saya pergi ke 1 interview dan berjaya. jawatannya adalah R&D Executive. Tawarannya pun boleh tahan. Saya menerimanya dengan gembira. Rakan-rakan lain pun turut berkongsi kegembiraan. Setelah 2 bulan notis saya mula bekerja di tempat baru.

Di sini la saya sekarang. R&D Executive di Syarikat pengeluar makanan yang memang terkenal. Hampir 3 tahun di sini. Mula masuk Oktober 2007 dan sekarang ini July 2010.
2 bulan lagi sekali lagi saya bakal berpindah kerja ke syarikat lain. Saya berharap agar segala ilmu yang saya kutip di sini dapat digunakan sebaik dan sebijaknya di tempat baru nanti. Saya berharap agar syarikat ini terus maju ke hadapan, walaupun apa yang berlaku. Suka, duka, sakit hati, dendam, menyampah..macam-macam perasaan terbit di sini.

Perbezaan nyata ketara dengan BOH sebelum ini. Walaubagaimanapun, pengalaman ini yang mematangkan pemikiran saya. Di dunia ini, ke mana pun kita pergi pasti akan berjumpa dengan orang yang berbagai ragam dan karakter. Itu la asam garam kehidupan.

Sunday, July 4, 2010

I'm Resigning Because of You


2 Julai 2010

Katijah Binti Abdul Jalil

___ ____ ______
_____ _____ ______

___ Pahang

Jabatan Sumber Manusia

_______ ________ ________ Sdn Bhd

______ ________ ______


6_ _00 Kuala Lumpur.

Encik,

Perkara : Notis Perletakan Jawatan


Saya, seperti nama yang tertera di atas ingin meletakkan jawatan saya sebagai Eksekutif __________ di syarikat ini dengan notis selama 2 bulan bermula pada tarikh hari ini.

2. Keputusan ini diambil kerana saya telah mendapat tawaran bekerja di syarikat lain.

3. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak syarikat di atas kesudian memberi peluang bekerja di sini sejak ____. Pengalaman dan tunjuk ajar yang didapati sangat berharga dan akan digunakan di tempat baru nanti. Tempoh hampir __ tahun saya di sini banyak membuka minda saya mengenai dunia pekerjaan dan kehidupan. Saya juga ingin memohon maaf di atas segala salah dan silap saya terhadap syarikat selama berkhidmat di sini.

4. Saya mendoakan agar syarikat _____ terus maju sebagai perniagaan _______ yang ulung dan sentiasa berjaya

Sekian, terima kasih.

Yang Benar,

…………………

(Katijah Abdul Jalil)



s.k Pengurus Kilang



..................................................................END OF TRANSMISSION.........................................................



Begitulah surat yang saya bagi pada HR pada hari Jumaat lepas. Petang. Nak buat pagi-pagi tak terbuat pula. Jadi dalam jam 4.00 petang saya submit pada HR setelah beritahu yang saya nak berjumpa dengannya sekejap. Selepas itu berjumpa dengan Pengurus Kilang pula untuk salinan. Memang dijangka actually. Sebelum ini dah 3 orang berhenti termasuk seorang pencen.Yang pencen tu nak buka carwash..GOOD LUCK!!. Bukan 1 tapi 2 tau. Tak agak-agak..heheh


Dalam 2 bulan lagi, saya akan bertugas di syarikat lain dalam bidang Food Tech juga. Once food tech is always be a food tech. Mana boleh kerja syarikat selain syarikat makanan. Lainlah kalau saya ni akauntan ke, pentadbiran ke..bla bla..


Tempoh hampir __ tahun saya di sini banyak membuka minda saya mengenai dunia pekerjaan dan kehidupan. Mendalam kan ayat ni. Memang banyak drama swasta kat sini..dan saya pun dah rasa bosan nak stay sini lagi lama. Jika ditanya, saya akan cakap keje di sini memang "seronok", jadi saya berhenti adalah untuk memberi peluang kepada orang lain untuk merasa "keseronokan" bekerja di sini. Good luck to him/her.


Yang penting di tempat baru nanti, everything will be brand new. New place, new friends and new problems. I hope I never face the same situation like I faced here. I hope not to meet the same characters as I met here.


I'm resigning because of you.


My Lionel Messi..

Masa sesi latihan ngan pasukan


Kecewa kot sepakan tak masuk gol

Sekarang ni semua memang sibuk dengan Piala Dunia. Mula-mula saya tak la teruja sangat macam orang lain yang fanatik bola. Tapi time by time tertarik juga nak tengok. yang membuatkan tertarik tu masa tengok iklan Astro yang "mama, dua mat salleh"..ada Lionel Messi dan Frank Lampard..dan iklan maxis.

Masa dia cerita yang dia main bola sebab kos perubatan tinggi kat Argentina n family dia yang support untuk main bola, rasa touching plak..Masa ni dia pulak boleh support family dia dengan kontrak juta-juta dengan Barcelona. Macam ni patut dicontohi. Dan bila search kat internet baru la tau yang dia ni ada penyakit tak cukup hormon untuk tumbesaran. Patut la kecil sikit badan daripada orang lain, kalau orang-orang di belah sana kan agak besar saiz badan tak macam orang di Malaysia ni.

Malam Sabtu yang lepas perlawanan suku akhir antara Argentina dengan Germany berlansung. saya memang minat kedua-dua team tapi lebih kepada Argentina sebab ada Messi..hihi..

Tapi malangnya Argentina kalah teruk 4-0.

Sedih juga dengan kekalahan tu sebab messi main sangat bagus cuma mungkin pasukannya tak cukup kuat untuk lawan Germany yang kebanyakannya pemain muda dan agresif. It's ok Messi, I still love you.

Nak juga beritahu yang birthday Messi n I same..hihi.. on 24th June tapi dia tahun 1987 which is 5 years younger than me. But then, he still looks gourgeous and cute also dengan jersi no 10 yang agak besar dengannya dan tak tight in..comel..

Tengok cara permainannya memang cool, tak macam Carlos Teves yang tak habis-habis nak marah-marah bila pengadil bagi freekick lepas dia pentes kaki lawan sampai jatuh. Cam tak penah la dia cakap-cakap dalam padang kecuali kaki dia je yang cekap tunjukkan skill dribbling bola walaupun ada ramai opponents masa tu (ceh dah macam pengulas sukan pulak).

Anyway memang suka dia. Sebelum ni minat Zidane of France je..sekarang dah ada player football yang menarik untuk buat minat tengok bola..

Gayanya


Dapat jugak masuk..Yahoo


Lahai..sape pulak perempuan ni?