BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, July 15, 2010

Cerita lama masa kat tempat lama..

Pekerjaan pertama saya adalah di BOH Plantations Sdn Bhd, mainly kat BCPF (Bukit Cheeding Packing Factory) yang terletak di Banting, Selangor.

Sebelum kerja, saya sebenarnya tak pernah pun menjejakkan kaki ke daerah itu jugak tidak tahu kat mana sebenarnya ia terletak. Pertama kali ke sana adalah sehari sebelum interview untuk survey kat mana kilang itu sebenarnya.

Setelah 2 kali interview dan menunggu selama 3 minggu lagi keputusan dapat ke tak kerja tu (hoho dia cakap kalau berjaya akan panggil dalam masa 2 minggu, aku dah cuak dia tak panggil-panggil) akhirnya saya berjaya dapat kerja. Seronok amat..wuhu..takde la saya menjadi penganggur terhormat seperti orang lain yang tak bernasib baik masa tu.

15 August 2005 saya mula bekerja. Sewa seorang diri di satu taman (dah tak berapa ingat namanye)..anyway move along..tinggal seorang diri di rumah itu yang dicari on the spot dengan Abg Man, mujur la dapat contact owner yang tinggal di pekan Banting, terpaksa la tunggu 1/2 jam untuk dia sampai. Setelah nego sewa kasi turun sket almaklumla duduk sorang dan rumah pulak takde la lawo mane dan tiada papepun perkakasan di dalam tu, kami (saya la) setuju dengan kadar sewa. Malam itu terasa janggal tidur seorang diri tanpa sesiapa di tempat yang amat baru..

Esoknya saya ke tempat kerja. Naik motor ok. Follow seorang budak stor kilang yang kebetulan berjiran..huhu mujur..Masa kat kampung ambil L semata-mata nak keje kat BOH sebab HR cakap van pekerja hanyalah untuk pekerja. So ok la..

Hari pertama je naik motor, lepas tu orang ofiice cakap suruh naik van pekerja je. Selamat sikit. Alhamdulillah. Jauh tu naik motor. Dah la pagi-pagi sejuk, kebas muka.

Di sana saya bekerja sebagai Food Technician / Asst Food Technologist. Ada sorang bos perempuan di atas. Ada seorang Sri Lankan sebagai Tea Taster dan 2 pembantu lab, Ewin dan Kak Nina. Dengan pembantu lab ini la saya berkawan. Kami makin rapat sehingga la ada seorang kerani di bahagian office jeles kat saya. Tapi kak Nina dapat kerja kerajaan selepas saya setahun kat situ. jadi tinggal la kami berdua. tapi lepas tu masuk pula adik ipar Ewin iaitu Baki. aki suka bergaduh dengan Tea Taster..hehe

Selepas raya saya berpindah ke rumah nenek Ewin. Kesian tengok saya duduk seorang kat rumah tu. So, duduk la kat rumah nenek. Atuk pun ada. Seronok. Nenek dan atuk layan saya macam cucu sendiri. Pergi ke mana-mana pun mesti saya diajaknya. bila oorang tanya saya ni siapa, nenek cakap cucu yang duduk kat Pahang..hehe.Tapi tahun lepas atuk meninggal sebab semput. Atuk memang selalu sakit-sakit dulu.

Selama 2 tahun kerja di sana. Seronok ada. Sedih ada. Sakit Hati ada. Lucu pun ada. Yang pasti kat sana memang ramai kawan. Semua department kamceng. Ingat lagi kalau nak melarikan diri daripada ladyboss yang macam tak betul tu, saya mesti pergi ke Bulkstore, iaitu tempat simpan teh berguni-guni besar punya. Lepak-lepak dengan Pak Din borak-baorak dengan dia. Siap pesan lagi kalau ternampak boss saya cepat-cepat beritahu..Pak Din ni ada 3 orang isteri. Terer tak? rasanya dia dah pencen sekarang.

Kalau tidak mesti ke store loaging and unloading lepak dengan Mala dan Ramu..mengadu nasib dan mengumpat orang..hahah..Kat situ aircond. Kira dapat la menyejukkan hati yang panas ketika itu. Radio pasang lagu tamil..hentam jela..sedap pe

Bahagian production diketuai oleh 2 orang supervisor iaitu En Aidil dan Nathan. Kedua-duanya ok tetapi saya lebih rapat dengan En Aidil. Memang ngam la dengan mereka. Apa yang saya nak buat atau nakkan pertolongan atau bahan, diorang mesti tolong punya. Takda langsung nak dengki-dengki dan busuk hati. Dengan operator-operator dan general worker yang rata-rata kakak-kakak dan makcik-makcik pun sangat baik. Terkenang pula kat mereka. Teringat juga satu kali tu En Aidil back up saya dari kena maki dengan boss saya. Terharu saya.Memang la dah kena kaw-kaw sebelum tu, tapi at least ada yang nak mempertahankan saya. Terima kasih En Aidil.

Sepanjang bekerja di sana, kerja memang tak pernah habis. Dengan implement ISO9001:2000 dan ISO22000:2005, jadual kerja memang sibuk,mesyuarat dan internal audit dijalankan setiap bulan. Tapi ok je, sebab kami semua sentiasa bersedia.. alah kelentong sana sini bukannya mereka faham pun..hehe jangan marah ye bagi siapa yang terkena. Lagipun bukan selalu buat, cuma masa terdesak je.

Walaupun banyak masa dihabiskan dengan kerja lab dan membantu boss, kami tidak dibiarkan bosan juga. BOH buat family day setiap tahun. Hooray. Tahun 2006 kami ke taman Tema Genting..Best sangat. Enjoy giler. Walaupun tiada acara spesifik (acara bebas ikut suka) kami memang have fun. Orang yang lain-lain pun sama. Makan pula di Hotel 1st World..lepas tu pergi main semula. Tahun 2007 pula kami ke Sunway Lagoon Water and Theme park..huhu..sangat seronok..Ada acara yang disusun oleh event management..sangat best.selepas puas mandi, acara bebas kami ke theme park main segala outdoor game yang ada..sampai nak muntah naik kapal lanun..melambung-lambung..

Selain itu, BOH juga menyertai annually challenge. Organized by WWF. Tahun 2006 join Canoe Eco-Challenge di Taman Tasik Perdana berlansung dari pagi ke petang dan kami dapat tempat kedua. Memang seronok. Habis hitam lengan ni. Pakai short sleeve. Training sebelum itu pula dari pagi ke tengahari. Tahun 2007 pula kami join Treasure Hunt pula. Juga organized oleh WWF. yang ini kami tak menang apa-apa. Tak tahu mana silapnya. Apepun kami tetap enjoy.

Walaupun begitu, saya tetap juga mencari tempat lain (tempat kerja) untuk mengembangkan lagi pengalaman yang ada disamping mendapatkan tempat yang boleh memberi pendapatan yang lebih baik. Saya pergi ke 1 interview dan berjaya. jawatannya adalah R&D Executive. Tawarannya pun boleh tahan. Saya menerimanya dengan gembira. Rakan-rakan lain pun turut berkongsi kegembiraan. Setelah 2 bulan notis saya mula bekerja di tempat baru.

Di sini la saya sekarang. R&D Executive di Syarikat pengeluar makanan yang memang terkenal. Hampir 3 tahun di sini. Mula masuk Oktober 2007 dan sekarang ini July 2010.
2 bulan lagi sekali lagi saya bakal berpindah kerja ke syarikat lain. Saya berharap agar segala ilmu yang saya kutip di sini dapat digunakan sebaik dan sebijaknya di tempat baru nanti. Saya berharap agar syarikat ini terus maju ke hadapan, walaupun apa yang berlaku. Suka, duka, sakit hati, dendam, menyampah..macam-macam perasaan terbit di sini.

Perbezaan nyata ketara dengan BOH sebelum ini. Walaubagaimanapun, pengalaman ini yang mematangkan pemikiran saya. Di dunia ini, ke mana pun kita pergi pasti akan berjumpa dengan orang yang berbagai ragam dan karakter. Itu la asam garam kehidupan.

0 comments: