BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, July 29, 2010

Oh...Balik kampung (3x)..hati riang (Part 1)

Baru-baru ni (22-25 Julai) saya balik kampung. Dengan Nomi. Dah lama tak balik. Last Raya Cina tahun ni. Lama kan?

Bertolak daripada Nilai. Kami ambil lebuhraya LEKAS sampai ke Seremban, Kuala Pilah, Bahau, Felda Paloh, Muadzam Shah dan sampai la ke Kuantan. Jalan dalam, boleh tahan la. Yang bestnya dah tak perlu melalui bukit putus yang menyeramkan tu sebab LEKAS lagi baik dan jalan cantik..jalan baru la katakan.

Sampai kat rumah dalam jam 1.30 ptg. Terus makan nasi sebab kelaparan. Tak sempat sendawa, mak dah keluarkan durian. Baik punye. mak cakap durian ni dia sorokkan. Kenapa sorok? Dia cakap nanti Adam habiskan. Heheheh..ada-ada je.

Memang syok. Dah la nasi 2 pinggan, durian plak. Tak cukup lagi. rambutan yang memang dah ada dalam bakul kat depan rumah pula kami baham. Nomi dah semput. Perut penuh. Rehat dalam 1 jam, kami ke pokok duku. Mak cakap dah ada yang kuning-kuning, masak. tapi kena hati-hati nanti gugur plak yang putik tu. Panjat dan makan. First time nak tarik badan ke atas..Masyaallah, berat gile badan..huhu..kalo dulu cam selamber je bergayutan kalah monyet. Nilah 1st time semput panjat pokok. tapi pas beberapa hari kira dah adapt..ok la..tapi tak setangkas dulu

Malam tu makan lagi nasi. Bertambah lagi. Memang dasat la nafsu makan kat rumah. Tido dengan perut kekenyangan, sangat huduh perangai.

Pagi besoknye hari Jumaat, cuci gigi dengan rambutan dan durian dulu..huhu..sangat la tidak bagus dibuat contoh. Semalam ada bercakap dengan mak nak buat jem rambutan. So hari ni bercadang nak ambil rambutan. Kena ambil banyak sebab nanti buat jem memang sikit je dapat. Mula-mula kait yang kat depan rumah, mak ajak ambil yang kat belakang rumah, yang situ lagi lebat dan rendah boleh capai ngan tangan je. ambil..ambil..petik..petik..tak cukup la yang ada kat bawah ni. So ape lagi, saya pun mengoffer diri untuk panjat pokok tu dan potong batang yang buahnya lebat. cari gergaji. Panjat pokok.Upps licin juga..pagi la katakan. Pokok rambutan biasanya banyak lumut. Mujur skill panjat pokok tak ditelan usia..

Panjat sampai atas. Gergaji. Jatuh la beberapa dahan yang lebat dengan buah..Mak tolong petik-petikkan buah dan masukkan dalam baldi dan bakul..Penat gile.. berceceran peluh menitik.

Dengan mak, saya buang kulit rambutan dan slice isi sikit-sikit. Penat gile. Rasanye 10 kali bangun duduk hilangkan lenguh. Macam nak patah pinggang. Mak pun same. 3 jam kemudian baru setel. Setengah periuk je isi sapat daripada buah yang berbakul-bakul tadi.

Lepas tu, satu hal pulak nak memasak. Taknak guna dapur gas sebab proses memasak lama jadi nanti kering pulak tong gas mak. Buat cara orang lama-lama. nak menghidupkan api pun satu hal, malam tadi hujan sket jadi banyak la jugak kayu yang basah. However berjaya. Orang kampung la katakan. Bagi saya kalau orang kampung tak pandai hidupkan api secara tradisional or tak pandai panjat kampung lebih-lebih lagi orang lelaki memang layak kena boo sampai tua la..hehe. Nway back to rambutan tadi.

Ops lupa plak sebelum tu kena kisar halus isi rambutan dulu.

Masak la sampai kering. Saya tak sempat nak masak habis, mak ganti..

Sebab kena bawa ayah pergi buat surat beranak yang baru, surat beranak yang lama dah tak tau hilang ke mana (skang ni sy punya surat beranak pun hilang tau) kat JPN Kuantan. Tempat dah pindah dari bandar Kuantan ke Indera Mahkota. tak pernah sampai. Ayah pun tak berapa ingat. Dia asyik cakap kalau dari Bukit Ubi dia tau lah.. Hehe..saya pun macam bengang juga sebab ayah macam nak menyalahkan saya bila saya masuk ke jalan yang salah walhal dia pun tak pasti nak masuk jalan mana sebenarnya. sabar je la. Itukan ayah saya. At last sampai juga dan prosedur mudah cuma kena tunggu seminggu.

Petang tu makan tengahari sebab tak sempat makan sebelumnya rushing bawa ayah tadi. Makan banyak lagi. Makan durian lagi. Makan rambutan lagi. Makan duku lagi..

Malam tu tidur agak awal sebab letih. Pinggang pun masih lenguh..

Tetiba dikejutkan oleh Nomi yang kelaparan lagi.. jam 1.00 pagi selongkar periuk bersama dan makan malam. Makan lagi. Dan tidur lagi dengan perut yang "sihat".

0 comments: