BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, May 25, 2010

Orang Bank Songlap?

Today let me tell you about my friend's problem. Few weeks ago, she lost her money. Bukan orang ragut dia, bukan rumah dia kena kopak, tapi hilang di tempat yang sepatutnya menjadi the safest place to keep money..THE BANK..

Malas la nak sebut kat sini bank tu nama apa, tapi saya akan bagi klu..tentu dapat tangkap. Orang kata kalau dah kerja di "bank itu" pekerjanya mestilah yang baik-baik dan mencerminkan agama. Okay tentu dah dapat teka punya. Dan bank itu ni Nilai...

Dah la masa tu nak ambil gaji..tengok-tengok tinggal duit yang sememangnya ada dalam akaun tu. Jadi, mana perginya duit gaji dia. Masa nak cucuk duit tu, dia dengan boss dia so pergilah mereka masuk bersama untuk buat aduan. Boss dia siap bagi resit dia dah masukkan gaji beberapa hari sebelum tu.

Yang nak buat bengang tu, ni bukan kejadian yang pertama tapi dah kali kedua. Bank tu jugak yang hilangkan duit dia. Selepas 3 minggu baru dapat duit semula. Dan kebetulan masa tu kes dia adalah yang keempat dilaporkan pada bank tu. Gerenti ada orang dalam yang buat kan?

Bagi kes yang terbaru ni, pegawai bank tu bagi tempoh 2 minggu, jadi kawan saya tu pun pergilah tanya semalam. Boleh selamba je jawab pegawai yang menguruskan hal ni tak ada, tunggu dia akan telefon semula kemudian. Hmmm..kesian kan kawan saya tu.

Persoalannya, kenapa mesti ada kes macam ni. Pecah amanah. Kalau dah 4 kes sebulan, kenapa tak buang je pekerja yang terbabit? Ini dah bulan baru, ada lagi kes. Orang yang sama pula tu hilang duit. Adakah ada orang lain yang buat kerja ini atau orang yang buat tu tidak kena tindakan semasa kes terdahulu? Kalaulah ada pekerja bank itu terbaca entri saya yang ni, harap berubah la ye. Please la, kawan saya tu gaji ciput je, hilang pulak tu..apa la dia nak makan...


ps: tak baik buat orang macam ni. sampai sudah pun takkan selesa hidup.

Sunday, May 23, 2010

Apabila internet meragam

tak suka..tak suka..tak suka..

sejak kebelakangan ni banyak kali internet server down..nyampah betul

kenapa susah bekerja bila internet down:

1. susah nak cari maklumat. kan internet sumber utama kita masa kini, pape maklumat pun ada, betul tak betul semuanya ada. tapi bila macam ni, mula la kerja tak berapa lancar nak jalan.

2. susah nak print dokumen. terpaksa la menyusahkan member printkan (in case dia punye line ok) kalo tak sama-sama la merasa azab.

3. tak boleh nak intranet @company.com. terpaksa la bagi tau manually, atau simpan dulu email tu drafted, tepon dia dan beritahu..bila dah ok baru send semula untuk urusan hitam putih.

4. tak boleh nak buka email@yahoo or gmail or ape-ape pon. mula la pastu kau dapat 1200 email yang belum buka.masa tu ah malas betul nak buka, tgk sape hantar kalau tak penting dan glamer buang saja..huhu

5. yang terpenting di dunia serba moden ini. orang kata tengah MUSIM skang ni. apalagi kalau bukan....ARRRGGHH TAK BOLEH NAK BUKA FACEBOOOKKKK... cam dah jadi kewajipan untuk buka tiap hari. sampaikan jadi macam keje pulak, keje dah jadi aktiviti masa senggang..Boleh gitu? hihi.. satu hari problem internet boleh jadi gila bosan sebab tak boleh update facebook..memg bosan..korang semua mesti setuju dengan semua ni kan? hehe jangan tipu la..

ps: tapi bila dah 8 jam ngadap internet, boleh muntah hijau juga dibuatnya

Friday, May 7, 2010

Mat Motor Mengganas Lagi?

Ishk..ishk..ishk tak puas hati betul. Kejadian berlaku minggu lepas on my way ke tempat kerja..memang nak cerita cepat-cepat hari kejadian tapi lupa la pulak, tambah plak ngan seminggu line internet terganggu pas ribut petir...jadi hari ni ada masa jadi nak cerita la.


Masa tu nak lalu traffic light yang masih hijau pada laluan saya. Bila sampai kat tengah-tengah laluan untuk simpang empat tu, tiba-tiba je motor-motor kat simpang belah kanan meluru masuk ke jalan. Saya rasa tu masih jalan saya sebab masih hijau lampu tu. Saya bawa jela macam biasa.


Motor-motor tu ada la yang hon-hon. Ape kejadahnya? Bukan saya yang salah. Ada mamat sorang tu siap pandang saya macam nak makan macam la saya yang masuk jalan diorang, dah la bawa motor kat depan saya, siap pandang saya lagi. Apehal? Nak je biar dia terlanggar motor kat depan pastu menonggeng sebab nak sangat bagi pandangan warning kat saya..HUH..memang tak puas hati.


Macam la tak tau, orang yang bawa motor ni suka sangat jalan sebelum lampu betul-betul dah hijau..jalan yang sebelum tu baru nak bertukar ke kuning diorang dah meluru. Pastu bila kejadian berlaku macam tadi, nak marah kat orang yang bawa kereta la pulak. Ntah hape-hape.


Saya bukannya nak mengata orang yang bawa motor ni, (dulu pun naik motor ngan bekas pakwe) tapi yang sebilangan daripada mereka bawa motor macam jalan tu dia sorang je yang pakai yang buat taik.


Itu yang kat traffic light, belum cerita yang duk mencilok baik celah-celah kenderaan lain yang lagi besar..dah la laju. Macam mana la penunggang motor tak jadi statistik paling tinggi yang mati eksiden setiap tahun. Hmm..


Kepada yang bawa motor tu, hati-hati tau.


p/s: Kepada adik saya (Faiz) yang baru dapat motor, jangan dibawak berlumba pulak, dan jangan lupa bayar ansuran on time tau (peringatan sang penjamin)