BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, May 25, 2010

Orang Bank Songlap?

Today let me tell you about my friend's problem. Few weeks ago, she lost her money. Bukan orang ragut dia, bukan rumah dia kena kopak, tapi hilang di tempat yang sepatutnya menjadi the safest place to keep money..THE BANK..

Malas la nak sebut kat sini bank tu nama apa, tapi saya akan bagi klu..tentu dapat tangkap. Orang kata kalau dah kerja di "bank itu" pekerjanya mestilah yang baik-baik dan mencerminkan agama. Okay tentu dah dapat teka punya. Dan bank itu ni Nilai...

Dah la masa tu nak ambil gaji..tengok-tengok tinggal duit yang sememangnya ada dalam akaun tu. Jadi, mana perginya duit gaji dia. Masa nak cucuk duit tu, dia dengan boss dia so pergilah mereka masuk bersama untuk buat aduan. Boss dia siap bagi resit dia dah masukkan gaji beberapa hari sebelum tu.

Yang nak buat bengang tu, ni bukan kejadian yang pertama tapi dah kali kedua. Bank tu jugak yang hilangkan duit dia. Selepas 3 minggu baru dapat duit semula. Dan kebetulan masa tu kes dia adalah yang keempat dilaporkan pada bank tu. Gerenti ada orang dalam yang buat kan?

Bagi kes yang terbaru ni, pegawai bank tu bagi tempoh 2 minggu, jadi kawan saya tu pun pergilah tanya semalam. Boleh selamba je jawab pegawai yang menguruskan hal ni tak ada, tunggu dia akan telefon semula kemudian. Hmmm..kesian kan kawan saya tu.

Persoalannya, kenapa mesti ada kes macam ni. Pecah amanah. Kalau dah 4 kes sebulan, kenapa tak buang je pekerja yang terbabit? Ini dah bulan baru, ada lagi kes. Orang yang sama pula tu hilang duit. Adakah ada orang lain yang buat kerja ini atau orang yang buat tu tidak kena tindakan semasa kes terdahulu? Kalaulah ada pekerja bank itu terbaca entri saya yang ni, harap berubah la ye. Please la, kawan saya tu gaji ciput je, hilang pulak tu..apa la dia nak makan...


ps: tak baik buat orang macam ni. sampai sudah pun takkan selesa hidup.

0 comments: