BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, April 20, 2010

Kejohanan Taekwondo PSAS, Tanjung Malim 3&4 April

Salam bahagia, bersama-sama lagi kita bertemu dalam berita sukan.. Kali ini kejohanan bertempat di Politeknik Sultan Azlan Shah, Tanjung Malim. Laporan seterusnya:


comel kan kartun maskot tu. ni banner yang ada kat pentas. cam simple tapi cam comel juge.



masa ni bukan stretching sangat sebenornye tapi lebih kepada perbincangan (mengumpat hahah)..maklum lah bila lama tidak ketemu, maka banyaklah cerita yang nak dikongsikan. orang lain sibuk kicking pad dengan abg shidi..kitorang menganyam



tetiba ada peminat yang beria-ria nak snap gambar saya sebelum perlawanan. maka untuk tidak menghampakannya, saya memberi pose yang macam ni. malas nak pose sakan, nanti orang ingat nak "bertukar" jadi gaban ke, suria perkasa hitam ke..nway got the first gold from the individual sparr



aksi permulaan ketika team sparring. actually, hanya ada 2 team yang bertanding bagi sparring black belt. jadi, perlawanan akhir jelah. jangan jeles ok, lain kali sape suruh taknak join? tapi ok la, kami berjaya kalahkan mereka dan dapat emas gitu. itu emas kedua bagi saya



dengan teammate (dari kiri : saya, raidah n rose) hanya kami bertiga kerana memang tak pernah nak cukup team blackbelt ni. gambar adalah sejurus selepas perlawanan..tengok-tengok muka puashati



kami bergambar beramai-ramai selepas majlis penutupan dan sebelum pulang ke desa..eh ke Kuala Lumpur. Di tengah-tengah adalah instructor kami.


ps: kaki terseliuh masa nak elak chopping abg shidi masih tak ok. harap-harap dapat sembuh sebelum national tournament 19&20 Jun ini.

Friday, April 16, 2010

Macam Mana nak Maintain Body Cun?

Hmm..pos kali ni mengenai masalah yang sentiasa melanda orang perempuan. Berat badan. Jika sesiapa bertanya tentang berat badan dan tatkala itu kita rasa yang berat badan kita cam "terlebih sudah" tentu kita akan rasa macam : hey ko ni takde soalan lain ke nak tanya..kan?



Saya pun kekadang macam tu juga, tapi berhati mulia kata-kata tu berlegar kat dalam kepala sendiri aje la. Takmoh tu jadi isu. tapi kalau bertanya tanpa sebab yang konkrit cam nak bagi kita malu leh je bagi ayat tu atau yang lagi power


Tapi jika terpaksa isi form compete in taekwondo event terpaksa la juga reveal..even worst kena timbang depan judges2 dulu..sungguh malu.



Masa ni umur dalam 23 tak silap. Berat memg cun. 57kg je. (saya yang t-shirt merah)




Ni plak yang paling latest. Bulan April 2010. x cun. 67kg. BMI dah overweight. (yg pakai key tu sy)



Tapi ada yang menyedapkan hati cakap..ko ni takdela besar mana, kenapa berat macam tak menggambarkan badan. Ntah, saya jawab tulang tumpat kot dari orang lain..maknanya tulang saya cukup kalsium gitu dan saya sememangnya sihat..



Tapi ada juga yang macam haram : Berat dosa..cist..

Thursday, April 15, 2010

10 Perkara Yang Mematikan Hati


  1. Kamu kenal Allah, tetapi kamu tidak menunaikan haknya.
  2. Kamu membaca Al Quran tetapi kamu tidak laksanakan ajaranNya dan perintahNya.
  3. Kamu kata cinta kepada Rasulullah, tetapi kamu tidak mengikuti sunnahnya
  4. Kamu tahu bahawa syaitan itu musuh kamu tetapi kamu bersekutu dengannya.
  5. Kamu berkata kamu cintakan syurga, tetapi kamu tidak beramal untuk mendapatkannya
  6. Kamu kata kamu takutkan neraka, tetapi kamu gadaikan diri kamu untuknya.
  7. Kamu tahu bahawa mati itu benar dan pasti akan datang, tetapi kamu tidak membuat persediaan untuk selepas kamu mati.
  8. Kamu selalu sibuk dengan keaibban saudara-saudara kamu, tetapi kamu lupakan diri kamu sendiri.
  9. Kamu gunakan nikmat Allah, tetapi kamu tidak bersyukur kepadaNya
  10. Kamu timbus mayat-mayat, tetapi kami tidak mengambil pengajaran daripadanya.

Nasihat oleh seorang wali Allah, Ibrahim Adham.

" Dan janganlah dipilih hidup bagai nyanyian ombak, hanya berbunyi ketika terhempas di pantai. Tetapi jadilah kamu air bah, mengubah dunia dengan amalmu ".

Dari Auf bin Malik r.a. katanya :

"RasullulLah s.a.w. menyembahyangkan mayat lalu saya hafal sebahagian dari doa baginda, mengucapkan :" Ya Allah ! Ampunilah dosanya, berilah dia rahmat, sihatkanlah dia: maafkanlah dia, muliakanlah penyambutannya, lapangkanlah tempat masuknya; basuhlah dia dengan air salju , bersihkan dia dari kesalahan, sebagaimana Engkau bersihkan pakaian putih dari kekotoran, Gantikanlah rumahnya dengan rumah yang lebih baik dan keluarganya dengan keluarga yang lebih baik dari isteri (suami) dengan isteri (suami) yang lebih baik ! Masukkanlah dia kedalam syurga, dan jauhkanlah dia dari siksaan api neraka ! Kata ' Auf : " Sampai saya ingin, hendaknya mayat itu saya."

Thursday, April 1, 2010

Kerja yang Paling Best

Dulu masa di tempat lama saya bekerja, setiap hari mengharapkan bosku tidak datang kerja, setiap hari bila sampai dlam makmal akan menunggu di tingkap cermin yang luas tu dan tangok di parking sambil berdoa"jangan la datang..jangan la datang". Bila kelihatan Suzuki Vitara maroon masuk ke parking..damn it!!!.

Itulah saya. Menghadapi masalah dengan bekas bos. Dia seorang perempuan. Melayu juga. Tetapi kenapa perangai dia macam tu? Rasanya tak perlulah diceritakan bagaimana, cuma fikirkan perangai-perangai pelik dan menyakitkan hati yang tak pernah terfikirkan..Fullstop!

Dan di tempat baru pula (baru sebab dibandingkan dengan yang terdahulu walaupun dah nak masuk tahun ketiga ini), saya masih bermasalah. Keadaan persekitaran yang orang kata tak berapa nak best. Setiap hari disajikan dengan berbagai ragam orang, dari atas sampai la ke bawah.

Bila bercerita, ramai yang berpendapat untuk bersabar. Adat bekerja tentu akan berjumpa dengan mereka-mereka yang sememangnya suka mengambil kesempatan dan memijak kepala. Iye, tapi saya tak bley tahan punya..Aduih..

Selalu juga saya berYM dengan rakan-rakan meluahkan perasaan betapa bosannya bekerja. Mereka pun sama. Kerajaan atau swasta ada yang mereka terpaksa hadapi. Jika berkahwin dan tidak bekerja cuma menjaga anak juga ada masalahnya yang tersendiri, tetapi ianya nampak lebih indah sebab tiada perkataan "BERKERJA" dalam kehidupan tu. Hmmmm..

p/s: Nak lepak kat rumah, tetapi dapat gaji bulan-bulan macam sekarang..