BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, July 4, 2010

I'm Resigning Because of You


2 Julai 2010

Katijah Binti Abdul Jalil

___ ____ ______
_____ _____ ______

___ Pahang

Jabatan Sumber Manusia

_______ ________ ________ Sdn Bhd

______ ________ ______


6_ _00 Kuala Lumpur.

Encik,

Perkara : Notis Perletakan Jawatan


Saya, seperti nama yang tertera di atas ingin meletakkan jawatan saya sebagai Eksekutif __________ di syarikat ini dengan notis selama 2 bulan bermula pada tarikh hari ini.

2. Keputusan ini diambil kerana saya telah mendapat tawaran bekerja di syarikat lain.

3. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak syarikat di atas kesudian memberi peluang bekerja di sini sejak ____. Pengalaman dan tunjuk ajar yang didapati sangat berharga dan akan digunakan di tempat baru nanti. Tempoh hampir __ tahun saya di sini banyak membuka minda saya mengenai dunia pekerjaan dan kehidupan. Saya juga ingin memohon maaf di atas segala salah dan silap saya terhadap syarikat selama berkhidmat di sini.

4. Saya mendoakan agar syarikat _____ terus maju sebagai perniagaan _______ yang ulung dan sentiasa berjaya

Sekian, terima kasih.

Yang Benar,

…………………

(Katijah Abdul Jalil)



s.k Pengurus Kilang



..................................................................END OF TRANSMISSION.........................................................



Begitulah surat yang saya bagi pada HR pada hari Jumaat lepas. Petang. Nak buat pagi-pagi tak terbuat pula. Jadi dalam jam 4.00 petang saya submit pada HR setelah beritahu yang saya nak berjumpa dengannya sekejap. Selepas itu berjumpa dengan Pengurus Kilang pula untuk salinan. Memang dijangka actually. Sebelum ini dah 3 orang berhenti termasuk seorang pencen.Yang pencen tu nak buka carwash..GOOD LUCK!!. Bukan 1 tapi 2 tau. Tak agak-agak..heheh


Dalam 2 bulan lagi, saya akan bertugas di syarikat lain dalam bidang Food Tech juga. Once food tech is always be a food tech. Mana boleh kerja syarikat selain syarikat makanan. Lainlah kalau saya ni akauntan ke, pentadbiran ke..bla bla..


Tempoh hampir __ tahun saya di sini banyak membuka minda saya mengenai dunia pekerjaan dan kehidupan. Mendalam kan ayat ni. Memang banyak drama swasta kat sini..dan saya pun dah rasa bosan nak stay sini lagi lama. Jika ditanya, saya akan cakap keje di sini memang "seronok", jadi saya berhenti adalah untuk memberi peluang kepada orang lain untuk merasa "keseronokan" bekerja di sini. Good luck to him/her.


Yang penting di tempat baru nanti, everything will be brand new. New place, new friends and new problems. I hope I never face the same situation like I faced here. I hope not to meet the same characters as I met here.


I'm resigning because of you.


0 comments: