BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, March 10, 2010

Kejutan di Klang..mari kawan-kawan dengar cerita ini

Hari Isnin yang lepas, saya ke Klang bagi mendapatkan beberapa dokumen penting yang diperlukan untuk meeting hari Sabtu ini. Hari kerja, maka jalan agak jem (tak bawa roti, kalo tak boleh makan dalam kereta..hehe) kereta berpusu mungkin nak keluar lunch agaknya.

Kereta dah melewati Standard Chartered bank dan saya berpusing-pusing kepala untuk mendapatkan parking. Penuh. Nampaknya perlu pusing semula ke main road untuk datang kembali dan parking ke parking lot berbayar yang ada di belakang-belakang bangunan. Walaupun agak jauh tapi takpe lah daripada kena saman sebab letak kereta tak tentu pasal nanti.

Sedang beratur untuk ke main road, tiba-tiba saya terpandang...(jantung berdegup kencang, rasanya pucat juga muka ni semasa terpandang)..saya tergamam

Rakanku (Nomi) juga terpandang, terkejut. Saya lihat wanita Cina di tepi jalan sambil pegang beg plastik berisi apa ntah juga tergamam..lelaki India di sebelah kiri pun memandang sahaja..

Saya malu..terus alihkan pandangan. Tetapi objek bernyawa itu ingin melintas jalan dan..argh..menghala ke arah kereta saya.. Saya kunci kereta dan dan..takut tu.. Dan dia melintas di belakang kereta saya dan terus jalan..sudah hilang. Tak tahu ke mana dia pergi..

Apa yang saya nampak?
.
.
.
.
.
.
.
malu pulak nak beritahu
.
.
.
.
.
.
.
.
sebenarnya,
.
.
.
.
.
.
saya nampak orang..
.
.
.
.
.
.
.
mula-mula saya ingat dia orang tak betul (aka gila)
.
.
.
.
.
sebab,
.
.
.
.
.
dia naked (malu nak sebut bahasa melayu macam kasar je bunyi).. iya takda seurat benang pun. Dan paling tak best sebab dia orang perempuan.. yang lebih kurang dalam 30an..muka macam perempuan Indonesia.
.
.
.
.
masa saya pandang tu, dia pun pandang saya. tapi saya lihat dia selamba je, macam tak buat salah apa-apa pun..berjalan berkaki ayam dalam waktu tengahari tu..
.
.
.
.
sampai je di rumah, saya masih memikirkan perempuan tu. dan saya terfikirkan yang wanita tu bukannya gila tetapi sedang dalam pukau, kerana:

a. Badannya bersih, kalau orang gila tentu comot habis kan? Rambut pun masih terurus baik, kalau tidak tentu mengerbang kan?

b. Air muka dia kosong, seolah-olah tiada perasaan langsung..atau dalam kawalan

c. Sihat. Tiada lebam-lebam atau kesan luka sebab tak berbaju dan tidur merata-rata mesti banyak kesan nyamuk atau luka..

d. juga telah diketahui, terdapat ramai orang luar (esp Indonesia) yang diketahui banyak ilmu yang bukan-bukan

Saya rasa tanggapan saya tidak salah..mungkin dia dipukau sebelum dirompak. Saya harap dia dapat dipulihkan. Kawan saya cakap, orang yang dipukau perlu ditegur untuk break the spell.

Dan, bayangkan jika memang ada yang menegurnya, barangkali mengenali atau tahu dia dipukau..apa perasaan dia jika tahu keadaan yang sebenarnya?..SIMPATI
.
.
.
TAKUT & RISAU
.
.
.

ada sesiapa yang tahu cara-cara mengelakkan daripada dipukau? tulun..

p/s: dulu masa di asrama, senior cakap kena pakai underwear terbalik kalau tak nak kena pukau. Betul ke? Buat je masa tu.

0 comments: