BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, March 31, 2010

Tips menyertai perlawanan Taekwondo

Kelmarin setelah lama tak menjejakkan kaki ke UiTM pas keje saya bertolak ke sana. Saya bertolak awal sebab bimbang pula kalo tersangkut dalam jem yang saya takde bawa roti..

Dalam jam 7.00ptg sampai ke tasik Shah Alam, lepak kejap dan bila agak-agak masuk waktu Maghrib saya pun ke surau di Seksyen 2. Sempat berhenti sebentar di kedai beli roti dan 100 Plus untuk alas perut dan hilangkan dahaga.

Jam 8.00 malam saya sampai di Kompleks Sukan. Hujan renyai2 dan gelanggang tenis agak bertakung dengan air. Tunggu bukan main lama lagi. Pergi salin baju dahulu. Tunggu lagi. Tiada pun kelibat budak-budak ni.

8.30malam, nampak sorang. Pusing-pusing. Dia tegur dan pergi ke tempat lain..

Boring. Tunggu lagi..

Baru nampak beberapa yang lain. Budak karate pun ada.

Tunggu. Tak nampak pulak sir.

Makin ramai. Tapi kenapalah macam lambat benar nak mula.

Semua berkumpul.

Senior bagi arahan untuk warming up. Tapi yang kelakar tu dia bukannya buat pun. Alahai, sebal je rasa.Lantak engkau la. Kalo sir Eizam yang conduct takdenye dia nak berlenggang depan blakang suruh orang stretch tapi dia tak buat. At last ada satu time jari kaki dia cramp masa stretching kaki kat dinding..Dah tu, tak warm up tetiba nak stretch..salah sendiri la.

Malas nak tegur.Budak-budak. Tau senior tali pinggang tapi entah la..

Berpindah ke gelanggang tenis bila dah tak huja. Clearkan air yang bertakung. Beberapa budak lelaki tarik air dengan alatan dia..tak tau la pe namanya.

Masa kat situ baru perasan beberapa black belt..datang lambat? jadi amalan kut. Entah la. Ke saya yang tak perasan diorang duk kat belakang. Majoriti yang datang hari tu saya tak kenal. Member-member yang agak senior tak dapat datang.

Kat situ latihan yang mengikut silibus grading, rupanya mereka datang untuk training sebelum upgrading test..keesokan harinya. Saya je datang untuk persediaan tournament akan datang. Tiada yang free untuk diajak berlatih bersama. Semua black belt jaga budak0budak yang nak gading.

Aku lompat-lompat untuk dapatkan stamina untuk perlawanan nanti. Risau termengah-mengah tak cukup nafas je nanti. Lepas 15 minit saya pergi ke tandas dan salin baju. Nak balik jela macam ni. Semasa keluar nampak Nora. Dia ajak training lagi.

Saya pun pergi jela. Berlatih dengan dia. Bergilir-gilir pegang kicking pad untuk sepakan. Nora tanya macam mana nak lawan. Saya pun ajar sikit-sikit macam mana yang patutnya. Dan semua yang saya ajar adalah yang telah diajar oleh sir eizam sendiri. Samada nak ikut atau tidak. Tapi yang kebanyakan yang saya lihat, ramai yang lawan membabi buta..macam bergomol pun boleh kata.

Dan kadang-kadang kebanyakannya amat sukar menaikkan kaki semasa perlawanan.Mungkin cuak dan takut bila dapat lawan yang lebih tinggi, lebih besar dan lack belt berdan-dan. Persepsi macam ni amatlah kesian, belum apa-apa dah takut. Tengok badan besar semacam dah takut. Tengok jumlah jaluran pada black belt dia pun dah takut. Bukan saya cakap tak pernah takut. Saya pun selalu rasa kupu-kupu cantik 2-3 ekor kat dalam perut ni semasa menunggu giliran. Tapi yang penting be positive dan jangan fikirkan yang bukan-bukan.

Dan perlu diingatkan yang dalam sparring, apapun boleh terjadi. Risiko untuk tercedera memang terbuka luas. Samada sengaja ataupun tidak. Jika mendapat kecederaan atau tak sangka yang selama ini tak pernah pun kena penerajang tetapi kena pada satu hari, jangan la menjadikan kejadian itu sebagai dendaman. Kalah menang adat bertanding, cedera itu kemestian bagi sesiapa yang masuk cuma serius atau tidak. Saya sendiri pun banyak lebam apabila selepas 2-3 hari baru bunga-bunga itu muncul kembang mekar dengan beberapa warna asasnya.

Dan pada saat ini, bunga itu berwarna kuning beransur hilang, tetapi bunga lain bakal ditanam apabila saya menyertai Terbuka Poli anjung Malim hujung minggu ini(3&4 April).

p/s: Doakan keselamatan saya. Bunga pun jangan banyak sangat, dan jangan di muka

0 comments: