BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, April 15, 2010

10 Perkara Yang Mematikan Hati


  1. Kamu kenal Allah, tetapi kamu tidak menunaikan haknya.
  2. Kamu membaca Al Quran tetapi kamu tidak laksanakan ajaranNya dan perintahNya.
  3. Kamu kata cinta kepada Rasulullah, tetapi kamu tidak mengikuti sunnahnya
  4. Kamu tahu bahawa syaitan itu musuh kamu tetapi kamu bersekutu dengannya.
  5. Kamu berkata kamu cintakan syurga, tetapi kamu tidak beramal untuk mendapatkannya
  6. Kamu kata kamu takutkan neraka, tetapi kamu gadaikan diri kamu untuknya.
  7. Kamu tahu bahawa mati itu benar dan pasti akan datang, tetapi kamu tidak membuat persediaan untuk selepas kamu mati.
  8. Kamu selalu sibuk dengan keaibban saudara-saudara kamu, tetapi kamu lupakan diri kamu sendiri.
  9. Kamu gunakan nikmat Allah, tetapi kamu tidak bersyukur kepadaNya
  10. Kamu timbus mayat-mayat, tetapi kami tidak mengambil pengajaran daripadanya.

Nasihat oleh seorang wali Allah, Ibrahim Adham.

" Dan janganlah dipilih hidup bagai nyanyian ombak, hanya berbunyi ketika terhempas di pantai. Tetapi jadilah kamu air bah, mengubah dunia dengan amalmu ".

Dari Auf bin Malik r.a. katanya :

"RasullulLah s.a.w. menyembahyangkan mayat lalu saya hafal sebahagian dari doa baginda, mengucapkan :" Ya Allah ! Ampunilah dosanya, berilah dia rahmat, sihatkanlah dia: maafkanlah dia, muliakanlah penyambutannya, lapangkanlah tempat masuknya; basuhlah dia dengan air salju , bersihkan dia dari kesalahan, sebagaimana Engkau bersihkan pakaian putih dari kekotoran, Gantikanlah rumahnya dengan rumah yang lebih baik dan keluarganya dengan keluarga yang lebih baik dari isteri (suami) dengan isteri (suami) yang lebih baik ! Masukkanlah dia kedalam syurga, dan jauhkanlah dia dari siksaan api neraka ! Kata ' Auf : " Sampai saya ingin, hendaknya mayat itu saya."

Thursday, April 1, 2010

Kerja yang Paling Best

Dulu masa di tempat lama saya bekerja, setiap hari mengharapkan bosku tidak datang kerja, setiap hari bila sampai dlam makmal akan menunggu di tingkap cermin yang luas tu dan tangok di parking sambil berdoa"jangan la datang..jangan la datang". Bila kelihatan Suzuki Vitara maroon masuk ke parking..damn it!!!.

Itulah saya. Menghadapi masalah dengan bekas bos. Dia seorang perempuan. Melayu juga. Tetapi kenapa perangai dia macam tu? Rasanya tak perlulah diceritakan bagaimana, cuma fikirkan perangai-perangai pelik dan menyakitkan hati yang tak pernah terfikirkan..Fullstop!

Dan di tempat baru pula (baru sebab dibandingkan dengan yang terdahulu walaupun dah nak masuk tahun ketiga ini), saya masih bermasalah. Keadaan persekitaran yang orang kata tak berapa nak best. Setiap hari disajikan dengan berbagai ragam orang, dari atas sampai la ke bawah.

Bila bercerita, ramai yang berpendapat untuk bersabar. Adat bekerja tentu akan berjumpa dengan mereka-mereka yang sememangnya suka mengambil kesempatan dan memijak kepala. Iye, tapi saya tak bley tahan punya..Aduih..

Selalu juga saya berYM dengan rakan-rakan meluahkan perasaan betapa bosannya bekerja. Mereka pun sama. Kerajaan atau swasta ada yang mereka terpaksa hadapi. Jika berkahwin dan tidak bekerja cuma menjaga anak juga ada masalahnya yang tersendiri, tetapi ianya nampak lebih indah sebab tiada perkataan "BERKERJA" dalam kehidupan tu. Hmmmm..

p/s: Nak lepak kat rumah, tetapi dapat gaji bulan-bulan macam sekarang..

Wednesday, March 31, 2010

Tips menyertai perlawanan Taekwondo

Kelmarin setelah lama tak menjejakkan kaki ke UiTM pas keje saya bertolak ke sana. Saya bertolak awal sebab bimbang pula kalo tersangkut dalam jem yang saya takde bawa roti..

Dalam jam 7.00ptg sampai ke tasik Shah Alam, lepak kejap dan bila agak-agak masuk waktu Maghrib saya pun ke surau di Seksyen 2. Sempat berhenti sebentar di kedai beli roti dan 100 Plus untuk alas perut dan hilangkan dahaga.

Jam 8.00 malam saya sampai di Kompleks Sukan. Hujan renyai2 dan gelanggang tenis agak bertakung dengan air. Tunggu bukan main lama lagi. Pergi salin baju dahulu. Tunggu lagi. Tiada pun kelibat budak-budak ni.

8.30malam, nampak sorang. Pusing-pusing. Dia tegur dan pergi ke tempat lain..

Boring. Tunggu lagi..

Baru nampak beberapa yang lain. Budak karate pun ada.

Tunggu. Tak nampak pulak sir.

Makin ramai. Tapi kenapalah macam lambat benar nak mula.

Semua berkumpul.

Senior bagi arahan untuk warming up. Tapi yang kelakar tu dia bukannya buat pun. Alahai, sebal je rasa.Lantak engkau la. Kalo sir Eizam yang conduct takdenye dia nak berlenggang depan blakang suruh orang stretch tapi dia tak buat. At last ada satu time jari kaki dia cramp masa stretching kaki kat dinding..Dah tu, tak warm up tetiba nak stretch..salah sendiri la.

Malas nak tegur.Budak-budak. Tau senior tali pinggang tapi entah la..

Berpindah ke gelanggang tenis bila dah tak huja. Clearkan air yang bertakung. Beberapa budak lelaki tarik air dengan alatan dia..tak tau la pe namanya.

Masa kat situ baru perasan beberapa black belt..datang lambat? jadi amalan kut. Entah la. Ke saya yang tak perasan diorang duk kat belakang. Majoriti yang datang hari tu saya tak kenal. Member-member yang agak senior tak dapat datang.

Kat situ latihan yang mengikut silibus grading, rupanya mereka datang untuk training sebelum upgrading test..keesokan harinya. Saya je datang untuk persediaan tournament akan datang. Tiada yang free untuk diajak berlatih bersama. Semua black belt jaga budak0budak yang nak gading.

Aku lompat-lompat untuk dapatkan stamina untuk perlawanan nanti. Risau termengah-mengah tak cukup nafas je nanti. Lepas 15 minit saya pergi ke tandas dan salin baju. Nak balik jela macam ni. Semasa keluar nampak Nora. Dia ajak training lagi.

Saya pun pergi jela. Berlatih dengan dia. Bergilir-gilir pegang kicking pad untuk sepakan. Nora tanya macam mana nak lawan. Saya pun ajar sikit-sikit macam mana yang patutnya. Dan semua yang saya ajar adalah yang telah diajar oleh sir eizam sendiri. Samada nak ikut atau tidak. Tapi yang kebanyakan yang saya lihat, ramai yang lawan membabi buta..macam bergomol pun boleh kata.

Dan kadang-kadang kebanyakannya amat sukar menaikkan kaki semasa perlawanan.Mungkin cuak dan takut bila dapat lawan yang lebih tinggi, lebih besar dan lack belt berdan-dan. Persepsi macam ni amatlah kesian, belum apa-apa dah takut. Tengok badan besar semacam dah takut. Tengok jumlah jaluran pada black belt dia pun dah takut. Bukan saya cakap tak pernah takut. Saya pun selalu rasa kupu-kupu cantik 2-3 ekor kat dalam perut ni semasa menunggu giliran. Tapi yang penting be positive dan jangan fikirkan yang bukan-bukan.

Dan perlu diingatkan yang dalam sparring, apapun boleh terjadi. Risiko untuk tercedera memang terbuka luas. Samada sengaja ataupun tidak. Jika mendapat kecederaan atau tak sangka yang selama ini tak pernah pun kena penerajang tetapi kena pada satu hari, jangan la menjadikan kejadian itu sebagai dendaman. Kalah menang adat bertanding, cedera itu kemestian bagi sesiapa yang masuk cuma serius atau tidak. Saya sendiri pun banyak lebam apabila selepas 2-3 hari baru bunga-bunga itu muncul kembang mekar dengan beberapa warna asasnya.

Dan pada saat ini, bunga itu berwarna kuning beransur hilang, tetapi bunga lain bakal ditanam apabila saya menyertai Terbuka Poli anjung Malim hujung minggu ini(3&4 April).

p/s: Doakan keselamatan saya. Bunga pun jangan banyak sangat, dan jangan di muka

Thursday, March 25, 2010

23rd TTA Academy Championship 2010

23rd TTA Open Tournament 2010

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, bersama saya lagi pengulas sukan anda dalam berita sukan TV6. Bertempat di Subang Avenue telah diadakan satu Kejohanan Taekwondo GTF yang mendapat penyertaan dari pelbagai negeri dan kelab-kelab (bukan nite club) di seluruh Semenanjung Malaysia


nice view from 2nd floor

Acara yang berlangsung selama 2 hari dimulakan dengan acara bawah 18 tahun (kanak-kanak pon ada) pada 20hb 3 2010 sehingga petang. Pemberita hanya mendengarkan sahaja kerana hanya datang pada keesokan harinya (21hb) kerana acara pada hari tersebut paling gempak..


stretching session

Pihak berita juga berpeluang mewawancara peserta-peserta yang menyertai. Antaranya adalah "Cat The Worriorwoman" dan sidekicknya "Arename" yang memakai key seperti gambar di atas.


Cat The Worriorwoman : Ermm..cik ni kenapa berlegar-legar kat sini, nak menonton kat sana ye (sambil menunjukkan gelanggang yang penuh dengan perlawanan)

Arename: Iye la cik, nanti tersepak susah..

Pemberita : Saya minta mahap ye, saya ni wartawan sukan, nak interview sikit tentang acara hari ni.

Arename : Oh yeke? Boleh3..(sambil membetulkan baju)

Bla..bla..bla...(tak dapat nak siarkan sepenuhnya wawancara, penat menaip..) but just enjoy the pictures..

splitting the legs so that easier to "chop their faces off" (how cruel)


posing session before weight checking session (OMG...my weight..pls dun ask)



team sparring session (bronze), individual pics sadly not captured (but hooray..got gold)


on the stage during the closure ceremony


With some of UiTM's participants



Sekian sahaja berita hari ini. Hingga bertemu lagi dalam pertandingan seterusnya

Poli Tanjung Malim : 3-4hb April 2010 (x tau sape organizer)

POLI Shah Alam : Bulan 6 (National Championship) - Gonna get the gold medal this time

Jeng..jeng..jeng..jeng (lagu pembuka n penutup berita yg biasa tu)


p/s: Seriously gone mad at National TKD Championship 2008, we lost the gold when we're really deserved it.. Damn it!!

Friday, March 19, 2010

Blog best untuk tatapan


Semalam. Just randomly read through beberapa blog. Jumpa 1 blog. Teringin pula membaca. Saya baca tajuknya Twins! The Long Journey to China For Our Babies. Mula-mula ingat blog mengenai membesarkan anak-anak kembar yang biasa (I always interested to read about twins, because I got one..bukan anak ok..not yet, but my little brothers..not little anymore though)..

Baca..baca..dan baca. Touched dan simpati.. Kenapa?

Rupanya mengenai 1 pasangan Americans yang ambil anak angkat daripada China selepas kesemua ketiga-tiga anak mereka sendiri "pergi" dalam satu kemalangan.

And to make it even worst, they died by the hand of drunken driver. Sedih betul, dengan ayat-ayat yang disusun meruntun jiwa, bergenang air mata. Kalau kat rumah, confirm nangis banyak-banyak tapi sebab dalam opis maka ku tahankan jua..Rakan disebelah bertanya-tanya pun kepala memandang komputer je..(nanti dia nampak..malu woo)

Pasangan ni membesarkan mereka dengan baik sekali. Jelas gembira bila tengok gambar-gambar mereka. Hmmm..

Teringat juga..2 tahun lepas, saya juga kehilangan seorang yang tersayang..kerana perbuatan manusia yang tidak bertanggungjawab ni lah (pemabuk gilos!!!) Arrgghh..emo jap..


p/s : mabuk nak dapat baby takpe

Wednesday, March 17, 2010

Zaman nakalku

Teringat pula, dulu masa kecil saya sangat nakal.

Main bola sepak dengan sepupu dan saudara lelaki, panjat pokok rambutan (tak main kait-kait dengan galah ni) , masuk hutan keluar hutan memancing ikan sambil bawa adik-adik kembarku yang berumur 3 tahun ketika tu (kalaulah orang lain yang buat macam tu, gerenti kena tarik telinga dengan saya ni, tapi dulu saya boleh pulak ye..sebab I BELIEVE ON MYSELF..).

Satu hari dulu, masa saya umur 5 tahun agaknya (bukan ingat sangat) saya main lawan-lawan (ala-ala spiderman sambil masing-masing sarungkan anak tudung mak kat kepala macam perompak nak rompak rumah orang) dengan abang saya (7 tahun) , mak saya buat karipap. Mak saya sibuk isikan inti karipap dalam tepung dah leper tu kan, saya dan abang saya sedap-sedap je ambil satu sudu sorang inti karipap dan NGAPP!! Saya tak salah ye. Salahkan cerita POPEYE. Sebab dia yang suruh makan sayur untuk jadi kuat. Jadi masa tu mana ada sayur, inti karipap pun jadi la (ceh..alasan).

Bila mak buat air teh tak pandai nak minum dalam cawan. Kami tuangkan air teh dalam penutup jug tu (ada lekuk untuk pegang kalau nak buka penutup tu), dan kami jilat-jilat macam anak kucing.. ohh so soo cute..

Satu hari, masa tu dah darjah 2 agaknya saya terfikir idea seronok untuk adik saya yang berumur 3 tahun masa tu. Saya dan abang berpakat untuk buatkan air MILO untuknya..diulangi MILO ye. Air panas, susu.....dah siap..

" Adam, nak milo tak? Akak ada buat ni."

Adam datang senyum-senyum dengan gigi rongaknye. Seronok dapat air MILO..

Dia minum seteguk..tiba-tiba dahi berkerut..Muka menahan masam / masin..

Itu bukan MILO tapi...MICAP..heheh..Akak buat air : Air panas + Susu + Kicap cap 3 Ayam..
(tetapi malangnya Adam terkena buat kali kedua esoknya)

.
.
.
.
.
.
.
.
.


Tapi dah besar-besar panjang ni, baik hati..sopan santun pulak tu..cewah
.
.
.
.
.
.
.
.
.

ehh sape pulak ni? Saya membelasah orang :)




p/s : usik-usik sayang..

Sunday, March 14, 2010

Kenangan Terindah

Minggu lepas, disamping kesibukan kerja office (buat-buat sibuk je) saya sempat buat satu blog khas kakpah..

Nak tahu apa? Cuba la tinjau

Harap-harap apa yang saya buat dapat membantu.

Oh ya..hari ini kerja macam biasa tapi saya rasa macam tak berapa ada mood je. Office ni nampak hambar la..macam takde orang je (skang ni memang tiada)..bosan


Tiba-tiba rasa rindu pula nak balik kampung.. Kalau balik mesti ramai-ramai pergi berkelah di Pantai Sepat, makan-makan banyak-banyak, main bola sepak pantai tengah hari buta sampai semua kulit sunburn (saya baru je dapat memutihkan kulit setelah pakai produk tuut..tapi kena mula semula sebab dah gelap kembali)

Hero-hero Kakpah

Baru-baru ni berkelah Kak Yah beli layang-layang besar, kelakar tengok Hasnul tersangkut kat layang-layang, nak ambil masa jatuh (mujur berat, kalau tidak terbang jua..boleh ke)

Btw, gambar -gambar di atas bukan yang recent.

Sentap sket : Kelakar jua tgk Hafiz malu-malu pakai swimming trunk yang sexy